Showing posts with label Allah. Show all posts
Showing posts with label Allah. Show all posts

Wednesday, 9 January 2013

Puisi: Salam Penantian Ratu Dila'


Salam Penantian Ratu Dila'

Pagi yang hening,
Tersergah dari lamunan,
Namun masihku berbaring,
Dalam Pakaiku lusuh-lusuhan,


Anjing  lebih segak menyapa,
Kudengan angkuh ingin melempar,
Tidak tahukah ia yang ku ini manusia,
Rasa mulia darinya haiwan yang dilempar,


Tapi yang ku fikir akan mulianya ku,
Sedang ku berbaring di halamannya,
Makanku, suapan simpati ke mulutku,
Sedang Ia mengais rezeki tak kenal hina,


Ku mendongak langit awan menangis,
Kerana detik hatiku menggapai pelangi,
Petanda sinar ceria untuk aku melukis,
Dengan warna hidup yang bakal pudar ini,


Wahai pelengkap rusuk kiri,
Diri ini serba serbi kekurangan,
Pasti bukan layakku untuk miliki,
Namun ikhlasku usah diragukan,


Kerna atas maksud keikhlasan,  
Ku belajar mengejar kemampuan,
Ku belajar memahami erti batasan,
Ku ukir matlamat dan wawasan iman,


Agar ketetapan yang selayaknya untukku,
Dan agar,
Tidak ku hadap-Nya dalam tepok keadaan,
Andai diijab kabulkan dengan maut dahulu,  
Tidak juga ku malu dalam berlusuh-lusuhan.


Salam penantian ini kuhembus selalu,
Kerna kuharap ianya kamu, tiada yang lain,
Akan kulerai genggam menadah bahagiamu,
Andai pula takdir tertulis kau rusuknya yang lain,


Cuma terkadang ku terleka ku alpa,
Akan matlamat hidup nan sementara,
Kerna aku juga An-Naas iaitu si Pelupa,
 Mendongak langit menagih HidayahNya,


Jika yakinmu akan apa yang aku yakini,
Maka cekalkan dirimu menadah langit,
Dengan kudrat Allah tertulis yang pasti,
Jua nanti hidupmu tidak terhimpit perit.


 Yang Ikhlas: Pelakar Bisikan Hati

Dila' = (Rusuk)

P/s: Bagi yang tak faham bleh request explaination tapi...
ku harap yang 'Kamu' semua faham. :)


Monday, 7 January 2013

Aku Tidak Mudah Jatuh Cinta




Assalamualaikum.. *Sambil menyelak sarang labah-labah, menebas semak samun serta mencolet kulapok dan kulat-kulat di blog ini* Haaa baru la nampak apa yang ditulih. heeee.. Lama jugak tak berhapdate, sampai berhaabokk.. ber.. haaa.. haakkkpuiihh.. *ekkkssppweessmii.. sorry.. terbersin pulak.. salit kat dinding* Ini bukan ngigau den menulih blog balik tapi ada gap exam so sebolum pocah palo den baco buku tu, baik den muntahkan beban kat wottak den sebelum adam stacy bergabung malatupp! 


Baiklah.. Cinta? Hurmm asal update je pasal Cinta.. Cinta.. Cinta!!! Kite bakor.. Kite bakor.. Kite bakor.. Bukan apa cuma akhir-akhir ini makin menjadi pe'el orang nak mencari cinta, putus cinta, dikhianat cinta la, dan ada sampai buat group *SAY NO TO CINTA* tah pape, lebih baik buat group nasyid, group alumni MRSM Jasin ke, tak pun study group.. Kan berpekdah..   


Manusia yang tidak mahu bercinta.. menderita,
Manusia yang mudah bercinta dan berpisah, tak setia,
Manusia yang takut nak menerima cinta, sunyi sepi hidupnya,
Manusia yang mahu semua manusia mencintainya, itu tamak haloba,
Manusia yang bercinta kerana takutkan Allah, itulah CINTA sebenarnya,


Seperti biasa, Cinta itu tidak salah tetapi Persepsi manusia tentang Cinta itu yang Salah. Budaya Orang bercinta yang menampakkan kehitaman pada percintaan. Matlamat awal percintaan haruslah Pernikahan dan Matlamat Cinta Selamanya ialah Allah. Andai tiada jodoh bersama orang yang dicinta, kita masih ada Allah. 


Ada yang juga yang buat keputusan "takmo la bercinta tunggu 30 tahun baru nak cintun-cintun ni, nak focus kerja" tapi apa kan daya cinta itu lumrah, jadi tak boleh dikekang, tidak juga perlu tergopoh-gapah mencari. Dan Ramai pasangan yang berkahwin muda akhir-akhir ini, malah hidup mereka lebih bahagia. *Siapa lagi kawan-kawan aku la!* nada jeles. Haha. 


Ini berlaku bukan sebab mereka gatal ke apa tapi Allah pertemukan dan ijab kabulkan mereka awal atas kemampuan mereka untuk membina mahligai pernikahan. Tetapi tak la semudah, persediaan demi persediaan perlu mereka perkukuh untuk mencapai status mampu. Bukan sahaja dari segi keperluan asas kehidupan tetapi apa yang lebih penting persediaan "diri".


Ilmu perlu diperkukuh, amalan perlulah soleh, akhlak yang cacat perlu diperbaiki, dan yang paling penting adalah Islah hati.. "pembaikan hati". Kemuncaknnya, adalah apabila setiap perkara yang dilakukan mestilah berpaksikan Lillahi Ta'ala (Kerana Allah) barulah matlamat sebenar Cinta tercapai. 


*Muhasabah diri selagi niat kita tidak betul, selagi itu kita belum mampu untuk mengecapi matlamat awal percintaan. Jika kata niat dah betul tapi mana buktinya, niat yang baik sahaja tidak cukup pasti seiring dengan perbuatan/ usaha yang baik dan betul serta membuahkan hasil yang baik, kemudian biar Allah  yang menjadi juri* 


Selain itu, bukanlah seseorang yang mudah mencintai itu, "Murah" tetapi mereka yang "Murah" adalah yang "Memurahkan" diri kerana Cinta. Setiap Lelaki dan Wanita muslim itu Mahal. Nilai mahal itu terletak pada penjagaan Maruah. Maruah??? Haa hanya yang benar menjaga maruah tahu akan erti dan nilai Maruah itu. Dan Maruah pula berkait sama sekali tentang BATASAN dan ANJURAN dalam ISLAM. Jadi mendalami ISLAM adalah cara terbaik mencapai matlamat Cinta. 


Dalam setiap perkara bersederhana itu lebih baik, tidak terlampau jumud dan tidak liberal. Maka dalam bercinta keserderhaan itu perlu kerana Cinta Hakiki untuk Allah.


Friday, 28 December 2012

Puisi: Mawar Jingga

MAWAR JINGGA

Indah seri mawar jingga,
Dalam seribu belum mampu diteroka,
Halus kelopak labuh kepangkal batang,
Ditiup angin tegar hemah walau bergoyang,

Jingga menawan, 
Tertarik akan kumbang-kumbang perawan,
Cuba dekati, namun racun, duri menanti,
Pulang hampa, kerna mawar terpelihara diri.

Hadir sang pengembara,
Berhasrat mawar jingga nan asli,
Hampir hayatnya cekal mencari,
Akhirnya ketemu apa dihajati

Bukan sekadar mawar
Hidupnya satu ditebing bukit air nan tawar
Tak semudah, cerun licin bergaung jadi halangan
Pulang pengembara hampa tidak, untuk persiapan,

24 purnama jadi taruhan,
Pengembara kembali tidak berkosong tangan,
Balang indah diperbuat Takwa berisi Air mata Iman
Tali Allah dan ukhwah ummah jadi tautan,

Sarung tangan Dakwah alat genggaman,
Bagi memetik sang mawar bukan calangan
Dengan matlamat syurga mawar jadi penyeri
Untuk redha Penguasa Hidup dan Mati.



P/s: Puisi ini bukan merujuk kepada Mawar atau Rose yang berwarna Oren atau Jingga tetapi ia adalah kiasan menegenai seorang insan sangat istimewa. Dan warna jingga yang dipilih kerana peribadi insan tersebut yang sangat indah dalam "PAKAIANNYA" iaitu agama Islam kerana bukan semua orang sesuai dikenakan dengan warna oren kan?? hihi. Orang yang tertentu sahaja yang nampak cantik berpakaian oren atau jingga. :)


Monday, 29 October 2012

Biarkan Rindu Jadi Rahsia

 Kumbang Lady Bird yang cute cuba menyunting Bunga Rose Pink. Sweet kann?? Ape.. tak sweet?? Puiii. Haha.

Salam lama juga tak menghapdate blog ni, bukan sebab dah bosan menaip tetapi banyak pula nak difikirkan dan diselesaikan.

Hari ni nak berkongsi sedikit mengenai masalah rindu yang akhir-akhir ini melanda manusia ibarat Tsunami. Ayat tak bleh blah. "Rinduuuu.. OOOooo.. Rinduuu serinduuu-rindunyaaa.. AAaaa.. Namun engkau tak mengerti.. OOOoo". Takkan nak terpekik terlolong nyanyi lagu ni jika kita merindu seseorang kan? Jangan sampai jiran sebelah terpaksa menggunakan sumpit untuk mendiamkan anda. HAHA

Jadi apa yang perlu dilakukan? Post kat facebook, cakap terus terang, messages, atau dating dengan orang yang dirindui??? From my "Humble" opinion, rindu itu adalah lumrah. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk meluahkan, sama ada secara terang-terangan, kiasan atau perantaraan. Aku tidak mengatakan salah jika rindu itu diluahkan namun setiap perlakuan itu pasti ada batas. Dan batas itu yang kita mahu "alert" dan jaga.

Namun ada juga yang suka memendam rindu (macam aku, :P) bukan kerna menjadi "Penakut, Noob atau Goyang" untuk meluahkan tetapi kami yakin bahawa setiap kali terdetik perasaan rindu itu pasti Allah akan sampaikan salam rindu itu kepada orang yang dirindui. Macam mana Allah sampaikan? Mungkin melalui detikan hati, perantaraan manusia, atau apa jua cara diluar batasan Pemikiran Manusia. Wallahu'Alam. Yang pasti Allah itu Maha Mengetahui apa yang terselindung di hati manusia (sedang malaikat dan syaitan tidak mampu membaca hati) dan Allah jua Maha memperkenankan Doa hamba-hambanya. 

Oleh sebab itu, aku tidak perlu risau dan kamu, kamu, serta kamuu.. juga tak perlu risau, gundah gulana, makan tak basah, tidur tak kenyang dan kentut tak berbau (haaa.. yang ni bagus!), bila merindui. Sebab setiap detikan hati, apa yang terfikir, ucapkan dan usahakan itu adalah Doa. Namun sejauh mana keyakinan kita terhadap Allah, itu yang menjadi ukuran. Keyakinan yang jitu, membentuk semangat yang mendalam dan akhirnya membuahkan kegigihan dalam usaha. Tidak guna kita yakin semata kepada Allah, jika tanpa usaha untuk mendekatiNya. Makin hampir kita dengan Allah makin mudah Allah memperkenankan hajat kita.

Dengan izin Allah Moga Salam Rinduku, akan terus menerus sampai kepada mereka yang Dirindui dan Semoga yang Dirindui sentiasa merasainya juga. :)


Nota Kaki Berketuat
Aku juga insan yang lemah, kadang kala kuluahkan jua rindu melalui "Puisi" dan "Coretan Kata Kiasan" Huhu. Walaubagimanapun, sebaik-baik pengaduan adalah pada yang Maha Esa kerna Dia, Maha Mendengar.

Sunday, 5 August 2012

Mahu Awek Amoi Cun Baik Comel Tapi Kau?

Amoi Heaxa ke ni? Bukanla ni google cari maa. kiki

Assalamualaikum dan good morning to all readers, hehe. Bila da start blogging ni mula la rasa gatal tangan otak pun gatal.. gatal3.. Garukkkk! Baik, kembali kepada isu, ramai antara kita yang mahukan yang terbaik dalam hidup termasuk bab memilih pasangan. Banyak cekadak ko nak itu ini. Tak salah kerna itu lumrah. Dalam memilih pasti kita menilik memerhati menilai sesuai dengan criteria yang sesuai dengan cita rasa eceh macam nak masak sup bunjut ADABI lah pulak namun.. dalam kesibukan itu kita lupa "memandang cermin" melihat dan memperbaiki "kehodohan" dalam diri sendiri.

Si Jantan Semperit ( takkan nak tulis gebret, ada ke Jantan Gebret? ) sibuk mahu beristerikan wanita Cantik, Cun, Cute, Cumel, Besar itu ini (rumah bapak die), Montok, Mantap, Tegap (Macam Athlete Olimpik 2012), Tembam, Muka Amoi, Gadis Sunti, Alimah, Solehah, Jalandah dan semua Kejadah.

Si Minah Rempah (tak sesuai pulak kalau nak istilahkan minah rempit kan?) sibuk nak bersuamikan Lelaki Handsome macam Hussein Lempoyang atau Sulaiman Akhlaken, Gagah, Perkasa, Cergas macam Lee Chong Wei Olimpic 2012, Baik Hati, Alim Ulama', Soleh, Sweet Giler Babeng, Memahami itu ini. blaa. blaa. blaa..

Semua itu tak salah tetapi cukuplah jika seseorang itu ada Agama dan faham Tanggungjawabnya. Yang selebihnya adalah bonus diskaun 50 percent!! Hidup, Maut, Rezeki dan Jodoh telah ditetapkan oleh Allah sejak seseorang itu berumur 40 hari dalam kandungan ibu. Namun Allah beri kita pilihan melalui DUIT, Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal

Cuma jangan kita terlalu memilih sehingga kita lupa melihat ketidaksempurnaan diri. Kerana setiap manusia itu tidak sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Cermin diri, perbaiki diri dan berusahalah mencari pasangan yang paling sesuai. Namun jika apa dicita tidak diperoleh, terima sahaja apa ketentuan Allah.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih (SURAH IBRAHIM: Ayat 7).

Sekian sahaja coretan Musafir Hina yang Tandus Iman. Salah silap harap Maaf.
Jangan Lupa tinggalkan komen untuk dijejaki semula.

Saturday, 4 August 2012

Kecewa Bila Dapat Result UiTM 2012. Puii



Assalamualaikum, apa kabar semua, moga sihat walafiat hendaknya. Baru-baru ini keputusan peperiksaan 2012 bagi pelajar Group B (Degree, Master.. etc) UiTM seluruh Malaysia telahpun dikeluarkan. Ada yang antara mereka melompat gembira, ada yang tersadung dan ada pula yang jatuh tergolek bergolek golek.. golek2.. golek3.. Bagi yang berjaya, Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan. Bagi rasa cool dengan selambe dek je cakap lek la  result bukan kayu ukur kejayaan. Gua tabik sama lu! Bagi yang kecewa gilos babeng, meratapi, mengomel tak tentu hala, mabuk kepayang, hancur luluh hatinya, aku nak cakap ko bukan nye mati. Jadi ada masa lagi untuk bertaubat. 

Ok mari kita muhasabah sedikit, apa perkataan pertama yang kita ucap apabila kita terima sesuatu, tak kisah la bila dapat keputusan peperiksaan, hadiah, dapat penumbuk, jerawat,  or apa-apa je?  Perghh!, wow!!, Shit!, Cis, OMGeee, Yey!, WTFish, Hoyyaass, Huawei, Fuuufufufufu, Yes!, Hiargggh ataupun lebih "manner" Terima kasih? Antara semua perkataan ni tak de satu pun yang lebih utama.. dari perkataan Alhamdulillah. walau seburuk yang kita terima. Buruk dari pandangan kita tetapi itulah yang selayaknya untuk kita!
Aisyhhh takkan cakap Alhamdulillah dah cukup.. Ia ucapan yang sangat besar, datang dari seluruh jiwa dan raga macam nak berpuisi la pulak.. kiki, penyerahan dan penerimaan yang sebenar terhadap apa dikurniakan Allah. Lagi satu ucap Alhamdulillah je terus dapat pahale satu kaleee.

Kenapa ye? Kerana sesuatu itu tidak akan terjadi tanpa kudrat dan kehendak dari Allah. Kita merancang dan Allah juga merancang, namun Allah adalah sebaik-baik Perancang. Shooot! gaya macam nak berceramah pulak woi nak gi ceramah gi masjid weyh, Kalau ye pun apa salahnya. Hehe. Sharing is caring~ Puiiii. haha. Silap tu Sharing is Loving. Cayunk cemua, *jadi dak pelat bajet tiut jap.

Ironinya Tak Perlu KECEWA.
Walaupun ia emosi semulajadi manusia.

Ok lastly, nak share siket semua orang tagih kejayaan, kejayaan yang macam mana terpulang pada penilaian individu tetapi kejayaan yang sebenar adalah "Terlepas dari Neraka Allah dan Masuk ke dalam Syurga Allah" jadi usaha dan persediaan mana yang kita perlu diperbanyakkan. Fikir-fikirlah. Dan setiap persediaan dan usaha janganlah diselitkan dengan unsur "Kotor" walaupun kesannya "Bersih 4.0" Setiap zarah yang kita usaha pasti dihitung, ada ganjaran dan ada pembalasan.


Friday, 27 April 2012

Siapakah Kita di Mata Allah?


Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik. Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin, “Siapa yang nak duit ini?”. Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat. “Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.” Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk. 


Lalu bertanya lagi, “Siapa yang masih mahu duit ini?” Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang. “Baiklah,” jawabnya, “Apa jadinya bila saya melakukan ini?” Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor, lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”. Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak. Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya. Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..


Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu. Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti. Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Allah. 


Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga. Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.


Jangan lupa untuk tekan butang Share selepas anda baca :)
sumber: Hamba Allah

Sunday, 22 January 2012

Puisi: Tanah Yang Tandus



Tanah Yang Tandus

Awan legap nan kelabu,
Hitam menyeluruh bumi,
Kilat berdentum tersergah kalbu,
Hujan membasahi keringnya bumi,

Dahulunya tanah ini tandus,
Kering tiada subur, pokok tak berbuah,
Kini lecak, lembut dan kudus,
Agar rahmat ini terus segah,

Tanah yang subur kini,
Acap kali disuburi air,
Walau terkadang hujan tak membasahi,
Agar tidak kontang lagi, tak bersyair,

Tanah itu seumpama hati,
Subur, tumbuh pokok berbuah taqwa,
Air, ibarat iman tanpa air tanah kering mati,
Pabila kering terbiar tanah tak berguna apa.

Yang Ikhlas,
Pelakar Bisikan Hati


Nota Kaki Tungkik:
Sekarang kerap hujan kan? Ermm kat kajang pon same. 
Haha padan muka korang tak boleh dating. :P



Friday, 20 January 2012

Suka Mengharap Malas Berusaha

Bila mahukan sesuatu macam ni la muka kita kan? haha.
Tetapi sebenar-benar pengharapan adalah kepada Allah


Dalam dunia ini terdapat empat jenis kategori manusia berdasarkan pemerhatianku. Mungkin kategori ini  mungkin tertulis dalam mana-mana buku, namun aku menulis ini berdasarkan pengalaman, pembacaan dan   keseluruhannya melalui pemerhatian tentang sifat manusia.


Suka Mengharap Kuat Berusaha
Manusia ini selalunya berjaya kerana disebalik pengharapannya itu timbul kesedaran kekerdilannya sebagai hamba yang lumrahnya mengharap kepada yang ketentuan Yang Esa iaitu Allah. Mereka ini kuat berusaha untuk beribadah dan kuat berusaha mengejar cita-cita atas kepercayaan dan kefahaman mereka tentang fungsi sebenar kehidupan. 


Suka Mengharap Malas Berusaha
Kebanyakan manusia tergolong dalam kategori ini. Mereka tahu Allah itu wujud dan mengharapkan segala sesuatu kepada Allah. Namun kepercayaan mereka tidak sepenuh hati, lalai dan alpa serta suka mengikut hawa nafsu.

Dan disebabkan itu, usaha mereka tidak setinggi harapan mereka bawa kerana jiwa berbelah bagi memilih Allah atau dunia. Sedangkan Allah menjanjikan nikmat setimpal dengan apa yang dikerjakan. Jika sedikit apa yang dikerjakan maka sedikitlah nikmat yang mereka dapat dan sebaliknya. Bahkan firman Allah "Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubahnya".


Tidak berharap Kuat Berusaha
Sifat-sifat ini ditopengkan oleh kaum yahudi. Hal ini kerana mereka tidak tunduk dan patuh kepada Allah namun tidak semestinya mereka tidak mempunyai harapan. Tidak berharap disini bermaksud mereka tidak meletakkan Allah sebagai sumber pengharapan. Mereka ini orang yang bongkak dan sombong kerana mereka hanya percaya kepada usaha mereka sahaja. Mereka kuat berusaha tetapi angkuh menolak Allah.


Tidak Berharap Tidak Berusaha
Mereka ini dikatakan sebagai orang yang berputus asa. Golongan ini dilaknat oleh Allah. Firman Allah yang bermaksud “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”(Q.S. Yusuf : 87)

Macam ni ke muka mengharap? puihhh~ haha

Pantun
Pandangan insan yang tidak sempurna,
Bukan fakta dan bukan pula auta,
Berharaplah kita pada Allah,
Dengan usaha sabar & tabah,

Anak ikan makan tuba
Tercirit-cirit tak tentu hala
Saban waktu menghilang, akhirnya kutiba,
Pulang untuk membalas terjahan semua,
^-^





Thursday, 29 December 2011

Spontaneous Thursday #2 BUAT KEKASIHKU


Puisi l DAMBAAN HATI BUAT KEKASIH

Hiba! akan hina aku disisimu Kekasih,
KAU tiada pernah buatku tersisih,
Namun, ku yang alpa menyisih,
Mendamba! menagih! selain kasih,


Tatkala ku sendiri,
Hadirmu senantiasa di sisi,
Tanpa dikit kusedari,
KAU yang setia ini,


Ku tegar melupai-Mu,
Ku tegar mengkhianati janjiku,
Sedang hidup! Matiku,
Adalah untuk-Mu,


Ah! Aku si hina alpa,
Hidupku dihimpit noda dan dosa,
Sering kali meledak bencana,
Haram memikir natijahnya,


Namun cinta-Mu tak pernah lekang,
Yang pasti takkan lenyap hilang,
Walau hamba-Mu hidupnya jalang,
Lalai dipeluk lapang dan senang,


Kini, Air mata kusungai untuk-Mu,
Memerah keikhlasan hatiku,
Memohon Kau ampuni khilafku,,
Menerima kembali aku..
YA, ALLAH! Ya Tuhanku..


Yang tulus,
Pelakar Bisikan Hati



Tolong Saya Klik Ini. :)
DescriptionDescriptionDescriptionDescriptionDescription

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...