Showing posts with label Dara. Show all posts
Showing posts with label Dara. Show all posts

Wednesday, 8 August 2012

Jenis Awek Sexy Comel Tak Boleh Buat Bini

Huyyoooo, awek ni cik google yang cari, den tak bersalah.

Assalamualaikum semua, Di bulan yang Mulia ini aku memohon Maaf untuk entry ini, niatku hanya sekadar berkongsi. Haih apa nak jadi ni cubalah kasi bahan yang Ilmiah siket untuk dibaca, ini nak tambah dosa je lebih! Bukan apa hari ni aku nak kongsi siket je Bro and Minah-Minah sekalian. Sebab sekarang semua nak trend awek cun sexy comel PUiiii macam wonderpet, opps silap Wondergirls, Big Bang, Girls Generation, S.N.S.D, Kara, S.E.S, K-POP aiskrim Pop tapi akhirnya Gadis Melayu ataupun Amoi Bertudung dipilih untuk calon Isteri kerana yang ASLI itu lebih BERMUTUsamy. OK aku da start mengarut~


Jadi hari ini dengan dukacita Beta (sebab aku keturunan 5 Raja Bugis Bersaudara) ingin berkongsi tentang Tiga Jenis Awek Cun Yang Tak Sesuai untuk lelaki, abang-abang or jejaka-jejaka macho, handsome, kacak bergaya di luar sana untuk Dijadikan Suri Di Hati dan di Rumah atau lebih mudah Binikkkk. Cewahhhh! Ini cuma saranan sahaja. kalau mahu juga mampuih sama ko la. Haha.


1) Bersifat Bengis Ganas dan Beraksi Lucah di Halayak Ramai. Lihat Contoh Video Dibawah

 


2) Pengotor, walaupun mempunyai semangat yang jitu untuk merasai liku-liku kehidupan


3) Photomaniac! sehingga tidak sedar dapur di rumah tak pernah berasap sampai ke- Tua


PS: Sekadar Gurau Senda di Kasi Nampak Gusi
Kihkihkih

Friday, 17 February 2012

Tanpa Disedari Kita Hampiri Zina


Assalamualaikum semua, pabila disebut tentang zina ramai yang mengeji, mencaci.. Bahkan Allah juga mengeji perbuatan ini! Namun sedar atau tidak, begitu ramai juga yang telah terjerumus (berzina). Kenapa? Kerna lalai dan alpa dengan dunia dalam tidak sedar kita telah menghampiri Zina! Contoh perbuatan menghampiri zina?

  1. Lelaki dan wanita yang bukan mahram berdua-duan di sesuatu tempat
  2. Merenung wanita atau lelaki sehingga lahir keinginan untuk merapatinya
  3. Melihat gambar, filem lucah atau bahan yang boleh menaikkan syahwat,
  4. Seorang lelaki  mendekati seorang wanita, tanpa niat menjadikan isteri 
  5. Lelaki atau wanita menyentuh tangan / anggota badan yang bukan mahram,
  6. Pergi ke pesta / tempat yang menggalakkan pergaulan bebas lelaki wanita
  7. Perbualan antara lelaki dan wanita yang boleh menaikkan syahwat walau sekadar mendengar suara,

Firman Allah: 
"La Takrabuzzina Innahu Kaana Faahishatan Wasaa'asabila"
Janganlah Menghampiri Zina! Sesungguhnya Ia Perbuatan Keji Dan Seburuk-Buruk Jalan.



Sesuatu permasalahan tidak akan selesai, jika tidak diperangi dari akar. Dalam hal ini, membanteras bibit permulaan zina seperti 7 contoh di atas adalah penting bagi menutup jalan penzinaan yang sebenar. Setiap individu mempunyai akal, dan lumrah akal adalah kebaikan, namun nafsu yang mengaburi kewarasan akal.


Hari ini khutbah jumaat di Masjid Ashabus Solihin begitu rancak membincang masalah penzinaan dalam kalangan remaja. Kes buang bayi, bunuh anak, pelacuran, rahsuah seks, anak luar nikah, seks bebas dan banyak lagi semuanya berkait rapat dengan penzinaan. Khatib berkongsi kerisauan akan bala' Allah yang bakal mengundang kita akibat penzinaan.


Peristiwa Tsunami meratakan Acheh dengan sekelip mata masih segah, 
Bila kita mengundang murka Allah, Kita juga menempah bala' Allah.. 
Kun fayakun! (Maka Jadi Jadilah)


Bagi yang pernah melakukan perkara yang terkutuk ini bertaubatlah, sesungguhnya selagi kita bernafas selagi itu pintu taubat masih terbuka. Bagi yang masih tidak mesyesal dan ingin hidup dalam kejahilan bertuhankan nafsu maka ingatlah akan janji balasan Allah.. 


Hukuman di dunia pada penzina rejam sampai mati bagi yang sudah bernikah, 100 kali sebatan bagi yang belum bernikah kerana ia menghapus nasab keturunan. Undang undang di Malaysia tiada hudud, terlepas di dunia tapi tidak di akhirat. Sesungguhnya di akhirat kelak Allah tidak akan menoleh pada wajah wajah penzina dan mereka dicampakkan dan dibakar di dalam api neraka.


P/s: 
Kalau dah tak tahan sangat kahwin, jalan halal ada, senang je yang buat leceh tu adat. 
Selamat dari dosa zina. Amacam akad nikah, cinta lepas kahwin?  ;p

Sunday, 15 January 2012

Isu Aurat Diperlekehkan Artis Melayu


Assalamualaikum.. Tentang video di atas apa pandangan anda? Bukan berniat untuk memalukan mana-mana pihak tetapi untuk memperlihatkan alasan typical Masyarakat Melayu Islam untuk mendedahkan aurat? Dikatakan artis itu icon, jadi tidak mustahil alasan yang mereka guna itu menjadi ikutan orang awam yang jahil tentang Islam. Apa kata yang bukan muslim tentang kesucian agama kita? Oleh sebab itu, saban hari Islam dipandang sinis dan diperlekehkan. 

Petikan alasan:

Aliza Zainuddin
"I masih muda dan aktik dalam dunia modelling, So I don't care that"
"Suami I tak marah apa-apa pon, dia kata dia tahu dia punya wife suatu masa nanti sama-sama akan berubah"


Tiz Zaqiah
"Seksi? wow nice!", "Just be yourselves"


Rebecca Nur Al-Islam
"Rebecca Nur Islam hanya nama yang diberikan oleh ayah saya En. Ahmad sejak saya dilahirkan"
"Kenapa saya nak menutup aurat sedang itu bukan saya?"
"Alhamdulillah, keluarga saya support saya?"



Keluarga support dedah aurat? Mudah sahaja mereka menjawab kan? Itulah yang akan terjadi bila hukum Allah tidak difahami dan hanya nafsu dan logik dipertuhankan. Di hujung tahun 2011, sibuk mengenai Anak Pontianak Zarina Annjoulie Lavocah yang bergambar separuh bogel di Majalah FHM Indonesia

Petikan Alasan 

Zarina Annjoulie Lavocah
"Terus terang saya tidak peduli apa yang orang cakap tentang diri saya"
"Jadi diri sendiri itu pegangan hidup saya" 
"Jika masyarakat bercerita buruk terpulang pada mereka kerana saya menanggung dosa"



Tetapi bukan semudah kata-kata walaupun dosa kau tanggung sendiri namun, kau mengajak orang lain berbuat dosa dan mendapat dosa. Ingat Aurat itu Hak Allah bukan Hak Individu. Bahkan lebih teruk lagi kau seorang muslim, secara terang terangan kau menghina dan mencemar Islam itu sendiri. Aku disini tak menghina namun berkongsi buat pedoman masyarakat. Sama-sama berdoa agar mereka dibukakan hati menerima hidayah Allah. Wanita diluar sana pilihlah contoh manusia yang baik buat bekalan akhirat.


Apa kata kita contohi seorang muslimah yang petah menegakkan suruhan Allah tentang tuntutan bertudung di facebook dengan hujah yang amat meyakinkan. Seriously ambil masa dan baca apa yang cuba disampaikan. Aku amat mencintai wanita-wanita seperti ini. Klik link dibawah------>






Saturday, 24 December 2011

Dara Atau Tiada Dara?


 

Assalamualaikum sahabat,  merujuk kepada tajuk di atas,  ramai rasanya sudah melihat begitu tinggi ku angkat wanita dalam penulisanku, tetapi itu adalah harapan sebenar aku buat semua wanita bukan sekadar membuta tuli memuji. Kerna aku bukan seseorang yang bermulut manis, jika aku berkata atau menulis ia datang dari hati.

Kali ini tidak salah rasanya jika aku berkongsi kerisauan yang melanda diri ini tentang maruah mereka? Kesinambunganya di sini, aku pelik bin ajaib pada zaman sekarang seolah-olah DARA itu tiada harga. Kenapa aku berkata begitu? Takkan kita tidak sedar tentang bilangan anak luar nikah yang membanjiri Malaysia saban tahun.

Seramai 214,033 anak luar nikah tidak sah taraf dan tidak berbapa didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara sehingga tahun 2009 tidak termasuk yang tidak didaftarkan, mati dibunuh atau di buang dalam tong sampah. Jika mereka faham tentang nilai DARA itu pasti tidak semudah menyerahkannya kepada lelaki yang bertuhankan nafsu serakah. Adakah disebabkan cinta itu buta??? Itu alasan bodoh!
Jadi! Jelas terserlah seramai 214, 033 perempuan Malaysia yang hilang DARA! dan mengandung sebelum bernikah sepanjang 2005 hingga 2009. Itu yang diketahui, yang tidak? Adakah angka itu terlalu sedikit dan kita tidak perlu risau? Mengapa begitu ramai? Dianiayai? Dirogol? Aku yakin itu hanya segelintir dan sememangnya bukan salah mereka. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Jadi jika benar mempertahankannya, masakan lelaki bernafsu serakah mudah menerobos? Bagiku DARA adalah lambang kesucian dan maruah seorang gadis.

Wanita yang mengkhianati DARA mereka, seolah juga telah mengkhinati kesucian dan maruah yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Ku angkat dara itu sebagai TAKHTA seorang gadis suci. Manapula hanya seorang jejaka yang hebat sahaja mampu merajai TAKHTA tersebut, iaitu seseorang lelaki yang bernama suami, berpaksi akad yang sah serta disaksikan Allah SWT.


Firman Allah dalam surah Al Mu'minun: 1-5, bermaksud "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,[1] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya [2] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia [3] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu) [4] Dan mereka yang menjaga kehormatannya [5]"


Hari ini, daku selidik masih ramai lelaki yang mahu bakal isterinya itu berDARA walaupun sejahil dan sejahat mana sekalipun lelaki itu. Jadi bagi wanita yang sudah tiada dara? Yang masih dara pula lahir silih berganti.. Apakah kesudahan mereka? Adakah mereka tidak layak bersuami? Sudah tentu mereka masih ada hak! 

Tetapi bukan semudah tanggapan akal yang cetek! kerna manusia tipikal masih beranggapan "Isk, pompuan tu lawa tapi dah takde dara, tak nak aku buat bini". Apa pula tindakan bakal ibu mertua setelah tahu bakal menantunya sudah ditebuk tupai? Ketawa terbahak-bahak? Bahkan... apa yang lebih teruk, apabila wanita yang sambil lewa menjaga maruahnya itu, dikurniakan suami yang sangat baik, adakah dia tidak perlu rasa bersalah setelah meludah kehormatannya untuk dinodai lelaki lain dan mengkhianati hak suaminya?

Juga adakah seseorang wanita yang tidak menjaga maruahnya merasakan "oren" apabila mendapat suami yang jahat lagi kejam lalu ada yang berkata "memang layak pun perempuan liar macam sipolan tu dapat suami macam gitu? Tepuk dada tanya iman kerna Janji Allah, Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, wanita yang baik untuk lelaki yang baik.



Jadi kuseru wanita-wanita tak kira bangsa dan agama jagalah maruahmu, tutuplah tubuhmu, cekalkanlah hatimu, dan ingat berfikirlah dengan waras sebelum mengambil keputusan, jika buntu mintalah petunjuk Ilahi. Hukum Allah itu benar, jika terasa diri itu jahil kembalilah ke jalan Allah. Timbalah ilmu sebanyak mungkin kerana seindah hiasan adalah Wanita Solehah.

Seorang wanita yang solehah itu adalah lebih baik daripada 1,000 orang lelaki Xsoleh, 
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.. 
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 

P/S: Maaf sahabat jika gaya penyampaian yang ditonjolkan sekadar menzahirkan emosi terhadap sesuatu penulisan. Ia sekadar cebisan jiwa yang belum tepat kesahihannya. Maaf sekali lagi kerna daku insan yang tak sempurna. Tiada niat untuk tunjuk pandai . Sekadar berkongsi yang terbuku di hati dan di minda.



legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...