Saturday, 4 August 2012

Kecewa Bila Dapat Result UiTM 2012. Puii



Assalamualaikum, apa kabar semua, moga sihat walafiat hendaknya. Baru-baru ini keputusan peperiksaan 2012 bagi pelajar Group B (Degree, Master.. etc) UiTM seluruh Malaysia telahpun dikeluarkan. Ada yang antara mereka melompat gembira, ada yang tersadung dan ada pula yang jatuh tergolek bergolek golek.. golek2.. golek3.. Bagi yang berjaya, Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan. Bagi rasa cool dengan selambe dek je cakap lek la  result bukan kayu ukur kejayaan. Gua tabik sama lu! Bagi yang kecewa gilos babeng, meratapi, mengomel tak tentu hala, mabuk kepayang, hancur luluh hatinya, aku nak cakap ko bukan nye mati. Jadi ada masa lagi untuk bertaubat. 

Ok mari kita muhasabah sedikit, apa perkataan pertama yang kita ucap apabila kita terima sesuatu, tak kisah la bila dapat keputusan peperiksaan, hadiah, dapat penumbuk, jerawat,  or apa-apa je?  Perghh!, wow!!, Shit!, Cis, OMGeee, Yey!, WTFish, Hoyyaass, Huawei, Fuuufufufufu, Yes!, Hiargggh ataupun lebih "manner" Terima kasih? Antara semua perkataan ni tak de satu pun yang lebih utama.. dari perkataan Alhamdulillah. walau seburuk yang kita terima. Buruk dari pandangan kita tetapi itulah yang selayaknya untuk kita!
Aisyhhh takkan cakap Alhamdulillah dah cukup.. Ia ucapan yang sangat besar, datang dari seluruh jiwa dan raga macam nak berpuisi la pulak.. kiki, penyerahan dan penerimaan yang sebenar terhadap apa dikurniakan Allah. Lagi satu ucap Alhamdulillah je terus dapat pahale satu kaleee.

Kenapa ye? Kerana sesuatu itu tidak akan terjadi tanpa kudrat dan kehendak dari Allah. Kita merancang dan Allah juga merancang, namun Allah adalah sebaik-baik Perancang. Shooot! gaya macam nak berceramah pulak woi nak gi ceramah gi masjid weyh, Kalau ye pun apa salahnya. Hehe. Sharing is caring~ Puiiii. haha. Silap tu Sharing is Loving. Cayunk cemua, *jadi dak pelat bajet tiut jap.

Ironinya Tak Perlu KECEWA.
Walaupun ia emosi semulajadi manusia.

Ok lastly, nak share siket semua orang tagih kejayaan, kejayaan yang macam mana terpulang pada penilaian individu tetapi kejayaan yang sebenar adalah "Terlepas dari Neraka Allah dan Masuk ke dalam Syurga Allah" jadi usaha dan persediaan mana yang kita perlu diperbanyakkan. Fikir-fikirlah. Dan setiap persediaan dan usaha janganlah diselitkan dengan unsur "Kotor" walaupun kesannya "Bersih 4.0" Setiap zarah yang kita usaha pasti dihitung, ada ganjaran dan ada pembalasan.


Related Posts : Allah, hati busuk, iri hati, kecewa, mabuk kepayang, mati hidup semula, Meniru, sedih, tahun baru 2012

3 comments:

Unknown said...

sy pernah terkesan dgn satu ayat dari filem ntah apa tajuk, dah lupa..

lebih kurang macam ni ayat tu.

"Bila dunia berakhir, apakah lagi maksud semua result exam yang kita dapat?"

actually, result exam ni sdikit sebanyak menentukan hala tuju kita. hala tuju kita tu pula akan menentukan bagaimana cara kita berbakti kepada manusia nanti. samada jadik cikgu ke, doktor ke, tender ke. or whatever lah.

So, di sini kita tau, kita yang merancang tapi Tuhan mnentukan dan Dia ada rancangan tersendiri untuk diri kita. Jdi takyah lah sedih sangat. Never bersedih untuk diri sendiri, tapi bersedihlah kalau sebab diri kita mengecewakan orang lain.

Yang pnting tetap positif, sebab walaupun ada rancangan-Nya, manusia ni juga diberi peluang untuk memilih. :)

(erk, ape point utama comment ni, sy pun xtau)

Malaysian Boy said...

ijazah pun dah tak guna skrg ni,siap ada yang palsu lagi.Jadi,niat belajar nak dpt ilmu,ilmu dpt kejayaan pun insyaAllah kalau diizinkan-Nya.

Act,yang penting jangan hanya pandai belajr tapi sopan santun entah ke mana.

Preity Zinta said...

terbaek ceramah ang..ha9

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...