Showing posts with label Islah. Show all posts
Showing posts with label Islah. Show all posts

Sunday, 15 January 2012

Doa Kecintaan Kepada Allah


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ وَالْعَمَلَ الَّذِيْ يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أََحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِيْ وَأَهْلِيْ وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ
- رواه الترمذي -

Allâhumma innî as`aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal amalal ladzî yuballighunî hubbaka. Allahumaj ‘al hubbaka ahabba ilayya min nafsî wa ahlî wa minal mâ’il bârid 
(HR. At-Tirmidzi - 3412)


Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cinta-Mu dan cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cinta-Mu. Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu lebih kucintai daripada diriku, keluargaku, dan air yang dingin (di padang yang tandus).” (HR. At-Tirmidzi )
Ilham: Al-Hidayah TV3 Sabtu 14/1/2012 6.30 pagi 




P/s: *Jom amalkan doa ini selepas waktu solat, praktikkan selalu*
"Alah bisa tegar biasa" ^-^




Nota Kaki Berkudis
Bermula hari ini, entri akan autopost berikutan,
Aku ada hutang perlu dibayar dengan Allah,
Jumaat pulang Insya'Allah.
Untuk balas komen kome,
Balas singgah kome,
Singgah lah hari-hari,
Penat awok buat entri,


Isu Aurat Diperlekehkan Artis Melayu


Assalamualaikum.. Tentang video di atas apa pandangan anda? Bukan berniat untuk memalukan mana-mana pihak tetapi untuk memperlihatkan alasan typical Masyarakat Melayu Islam untuk mendedahkan aurat? Dikatakan artis itu icon, jadi tidak mustahil alasan yang mereka guna itu menjadi ikutan orang awam yang jahil tentang Islam. Apa kata yang bukan muslim tentang kesucian agama kita? Oleh sebab itu, saban hari Islam dipandang sinis dan diperlekehkan. 

Petikan alasan:

Aliza Zainuddin
"I masih muda dan aktik dalam dunia modelling, So I don't care that"
"Suami I tak marah apa-apa pon, dia kata dia tahu dia punya wife suatu masa nanti sama-sama akan berubah"


Tiz Zaqiah
"Seksi? wow nice!", "Just be yourselves"


Rebecca Nur Al-Islam
"Rebecca Nur Islam hanya nama yang diberikan oleh ayah saya En. Ahmad sejak saya dilahirkan"
"Kenapa saya nak menutup aurat sedang itu bukan saya?"
"Alhamdulillah, keluarga saya support saya?"



Keluarga support dedah aurat? Mudah sahaja mereka menjawab kan? Itulah yang akan terjadi bila hukum Allah tidak difahami dan hanya nafsu dan logik dipertuhankan. Di hujung tahun 2011, sibuk mengenai Anak Pontianak Zarina Annjoulie Lavocah yang bergambar separuh bogel di Majalah FHM Indonesia. 

Petikan Alasan 

Zarina Annjoulie Lavocah
"Terus terang saya tidak peduli apa yang orang cakap tentang diri saya"
"Jadi diri sendiri itu pegangan hidup saya" 
"Jika masyarakat bercerita buruk terpulang pada mereka kerana saya menanggung dosa"



Tetapi bukan semudah kata-kata walaupun dosa kau tanggung sendiri namun, kau mengajak orang lain berbuat dosa dan mendapat dosa. Ingat Aurat itu Hak Allah bukan Hak Individu. Bahkan lebih teruk lagi kau seorang muslim, secara terang terangan kau menghina dan mencemar Islam itu sendiri. Aku disini tak menghina namun berkongsi buat pedoman masyarakat. Sama-sama berdoa agar mereka dibukakan hati menerima hidayah Allah. Wanita diluar sana pilihlah contoh manusia yang baik buat bekalan akhirat.


Apa kata kita contohi seorang muslimah yang petah menegakkan suruhan Allah tentang tuntutan bertudung di facebook dengan hujah yang amat meyakinkan. Seriously ambil masa dan baca apa yang cuba disampaikan. Aku amat mencintai wanita-wanita seperti ini. Klik link dibawah------>






Saturday, 14 January 2012

Hidayah Allah dan Islah


"Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dihimpunkan." (Al Anfal: 24)

Di ilhamkan dari status: Sham Kamikaze


legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...