Friday, 2 December 2011

Puisi: Gadis Melayu

Maaf ye Cik Rina, cik google kite yang curi pic ni.. ;p

Lama rasanya tak berpuisi, tak salahkan berpuisi.. Hehe. Disini kuterbitkan sebuat puisi yang kunukil suatu masa dahulu buat gadis-gadis melayu di luar sana. Ape? Tak suke?? Tak kire boboi nak kasi jugak.. cebab.. boboi cukew cangat kat gadis-gadis melayu bertudung n copan ni.. Muahh. Kah3! :p Tidak lupa juga kepada semua gadis yang bertudung dan memelihara agamanya! Tu lagi boboi cukeeeww.. :p


Puisi l GADIS MELAYU

Gadis melayu,
Indah rupa bak salju,
Lembut tingkah laku bak angin bayu,
Sekali terpandang terbit rindu,
Membuat mata ku merenung kuyu,

Oh! tersangatlah ayu,
Dibalik lilit-lilit selendangmu,
Melilit kemas menyisip urat rambutmu,
Terpancar seri wajahmu,

Bulat bola matamu,
Manis senyum bibirmu,
Tak perlu disolek-solek pipimu,
Tak perlu dicukur-cukur keningmu,
Walau tanpa gincu,
Tetap hatiku jadi layu,

Wahai sang gadis melayu,
Santunmu bak buluh perindu,
Lirikan manja mengusik kalbu,
Sopan kamu menggoda aku,

Bukan itu yang kuagungkan tetang kamu,
Kupandang kamu dari sudut hatiku,
Islam kau jaga tiap waktu,
Taat Allah dan Rasulmu,
Hormat akan ibu dan ayahmu,
Berbaik-baik sama sekelilingmu,
Akhlak terpelihara selalu,
Istiqomah kamu tanpa jemu,

Wahai Gadis Melayu,
Terpaut hatiku tak menentu,
Jantungku bagai dipalu-palu,
Inginku tegur terasa malu,
Terasa rendah pabila seiring denganmu,
Kerana mahalnya kamu itu,
Ibarat berlian dalam longgokkan permata palsu.

Yang Ikhlas,
Pelakar Bisikan Hati


Related Posts : Awek, Best, Boleh, Cantik, Comel, Cun, Cute, love, love poems, melayu, pelakar bisikan hati, Puisi, Sexy, Terbaik

14 comments:

Amelia said...

kekeke.. pandai berpuisi rupanya.. hehe

gadisnikon said...

sweet.. siapakah agaknya gadis melayu pilihan hati afif ni?? :)

Unknown said...

hai gadis melayu ^_^

r-5 said...

Serikandi cinta: maceh!! hihi untuk awak le tu :)

Mialia: huhu memang suka berpuisi, hehe cuma takut takde orang je nak baca.. :P

Gadisnikon: hehehe takde la lom ade sesape lagi, cuma sajak ni untuk gadis muslim/melayu yang sentiasa menghidupkan tatasusila yang baik. :) macam awak lah... :)

Ella: puisi ni khas juga untuk gadis muslim.. awak juga le tu.. hehe. ;)

r-5 said...

Shah: huhu.. ade entry tertinggal? rasanya dah follow kamu dah kot.. huhu.. ok2 nanti de masa saya terjah k :)

Syafiq Ahadin said...

woha! salam perkenalan. :) thanks singgah blog. anda juga TERsesat ke blog saya. eekekekeke! :)

Siapa bilang gadis melayu tak menawan? -sila sambung-

Unknown said...

wow...best2....

Suraya Aris said...

suka rina salleh juga ;) sopan santun.

sarah mohamad said...

Best puisi ni. Terasa ditujukan kepada diri sendiri jek. *hentuk kepala sendiri* HEHEHE

MalizaMah said...

pusi yang baik.. kenapa tak dihantar kan kat majalah.... Tunas Cipta untuk penulis baharu.....
try lah...

r-5 said...

Syafiq Ahadin: blog sayatak sehebat blog andabanyak follower.. :) haha malu lah nak sambung lagu gadis melayu.. :p


Fendy: hahaha best? xkan best je kot.. :p


Suraya Aris: saya bukan suka rina salleh je.. tapi semua gadis melayu yang kekalkan kesantunannya.. :)

r-5 said...

Sarah Mohamad: hihi memang ditujukan untuk awak punnn.. :P


Alieza Dayasari: Oh ye ke? First time dengar Tunas Cipta.. huhu. Insya'Allah awak guide la saye ye.. :)

Zahirah said...

tak boleh nak post dekat shoutbox. sini je la ye. hehe

p/s: widget ping busuk tu eh? hm. try pergi ping.busuk.org. then, cari widget trafik :)

r-5 said...

hira; okay thanks hira.. :)

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...