Showing posts with label hati busuk. Show all posts
Showing posts with label hati busuk. Show all posts

Saturday, 4 August 2012

Kecewa Bila Dapat Result UiTM 2012. Puii



Assalamualaikum, apa kabar semua, moga sihat walafiat hendaknya. Baru-baru ini keputusan peperiksaan 2012 bagi pelajar Group B (Degree, Master.. etc) UiTM seluruh Malaysia telahpun dikeluarkan. Ada yang antara mereka melompat gembira, ada yang tersadung dan ada pula yang jatuh tergolek bergolek golek.. golek2.. golek3.. Bagi yang berjaya, Alhamdulillah dan Tahniah diucapkan. Bagi rasa cool dengan selambe dek je cakap lek la  result bukan kayu ukur kejayaan. Gua tabik sama lu! Bagi yang kecewa gilos babeng, meratapi, mengomel tak tentu hala, mabuk kepayang, hancur luluh hatinya, aku nak cakap ko bukan nye mati. Jadi ada masa lagi untuk bertaubat. 

Ok mari kita muhasabah sedikit, apa perkataan pertama yang kita ucap apabila kita terima sesuatu, tak kisah la bila dapat keputusan peperiksaan, hadiah, dapat penumbuk, jerawat,  or apa-apa je?  Perghh!, wow!!, Shit!, Cis, OMGeee, Yey!, WTFish, Hoyyaass, Huawei, Fuuufufufufu, Yes!, Hiargggh ataupun lebih "manner" Terima kasih? Antara semua perkataan ni tak de satu pun yang lebih utama.. dari perkataan Alhamdulillah. walau seburuk yang kita terima. Buruk dari pandangan kita tetapi itulah yang selayaknya untuk kita!
Aisyhhh takkan cakap Alhamdulillah dah cukup.. Ia ucapan yang sangat besar, datang dari seluruh jiwa dan raga macam nak berpuisi la pulak.. kiki, penyerahan dan penerimaan yang sebenar terhadap apa dikurniakan Allah. Lagi satu ucap Alhamdulillah je terus dapat pahale satu kaleee.

Kenapa ye? Kerana sesuatu itu tidak akan terjadi tanpa kudrat dan kehendak dari Allah. Kita merancang dan Allah juga merancang, namun Allah adalah sebaik-baik Perancang. Shooot! gaya macam nak berceramah pulak woi nak gi ceramah gi masjid weyh, Kalau ye pun apa salahnya. Hehe. Sharing is caring~ Puiiii. haha. Silap tu Sharing is Loving. Cayunk cemua, *jadi dak pelat bajet tiut jap.

Ironinya Tak Perlu KECEWA.
Walaupun ia emosi semulajadi manusia.

Ok lastly, nak share siket semua orang tagih kejayaan, kejayaan yang macam mana terpulang pada penilaian individu tetapi kejayaan yang sebenar adalah "Terlepas dari Neraka Allah dan Masuk ke dalam Syurga Allah" jadi usaha dan persediaan mana yang kita perlu diperbanyakkan. Fikir-fikirlah. Dan setiap persediaan dan usaha janganlah diselitkan dengan unsur "Kotor" walaupun kesannya "Bersih 4.0" Setiap zarah yang kita usaha pasti dihitung, ada ganjaran dan ada pembalasan.


Friday, 10 February 2012

Hidup Ini Penuh Dengan Lakonan


Kadang kala dalam hidup ini, kasih sayang yang dibuat-buat itu lebih indah dinikmati daripada kasih sayang yang terselindung. Walau pada hakikatnya (lumrah) hanya kepura-puraan namun di mata (lahiriah) ia seperti benar. Namun kasih sayang yang terselindung yang diagung-agungkan itu tampak perit kerna pada lahiriahnya sering mengguris hati walau pada lumrahnya ia sebenar kasih sayang.


Adakah perlu ada kasih sayang terselindung atau dipura-purakan?? Hidup ini penuh dengan lakonan sehingga manusia tidak tahu untuk menilik yang benar dan palsu. Mudah untuk aku jika mampu membaca hati manusia, namun kebolehan manusia terbatas untuk menyaksikan kekuasaan Allah. Allah adalah sebenar-benar Pemilik hati. 


Manusia tampak tabah namun dia juga teguris....
Manusia tampak gagah namun dia juga menangis
Manusia tampak berdikari namun dia juga ingin difahami
Manusia tampak bersendiri namun ia juga ingin disayangi


Wahai sang hati mudah terusik dek kata-kata, walau ungkapan benar namun seperti ludahan, tak dapat hati menerima, terdidik keras, keraslah ia, terdidik lembut lembutlah ia. Andai khilafku bila berbicara maafkanlah daku kerna aku insan hina tak terlepas dari dosa.


*P/s: Maaf laptop rosak, ni pun pakai safe mode


Thursday, 1 December 2011

Spontaneous Thursday #1 Buruk Sangka



"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani". (Al-Hujuraat 49:12)

sumber: Facebook Ustaz Zamri



legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...