Friday, 17 February 2012

Tanpa Disedari Kita Hampiri Zina


Assalamualaikum semua, pabila disebut tentang zina ramai yang mengeji, mencaci.. Bahkan Allah juga mengeji perbuatan ini! Namun sedar atau tidak, begitu ramai juga yang telah terjerumus (berzina). Kenapa? Kerna lalai dan alpa dengan dunia dalam tidak sedar kita telah menghampiri Zina! Contoh perbuatan menghampiri zina?

  1. Lelaki dan wanita yang bukan mahram berdua-duan di sesuatu tempat
  2. Merenung wanita atau lelaki sehingga lahir keinginan untuk merapatinya
  3. Melihat gambar, filem lucah atau bahan yang boleh menaikkan syahwat,
  4. Seorang lelaki  mendekati seorang wanita, tanpa niat menjadikan isteri 
  5. Lelaki atau wanita menyentuh tangan / anggota badan yang bukan mahram,
  6. Pergi ke pesta / tempat yang menggalakkan pergaulan bebas lelaki wanita
  7. Perbualan antara lelaki dan wanita yang boleh menaikkan syahwat walau sekadar mendengar suara,

Firman Allah: 
"La Takrabuzzina Innahu Kaana Faahishatan Wasaa'asabila"
Janganlah Menghampiri Zina! Sesungguhnya Ia Perbuatan Keji Dan Seburuk-Buruk Jalan.



Sesuatu permasalahan tidak akan selesai, jika tidak diperangi dari akar. Dalam hal ini, membanteras bibit permulaan zina seperti 7 contoh di atas adalah penting bagi menutup jalan penzinaan yang sebenar. Setiap individu mempunyai akal, dan lumrah akal adalah kebaikan, namun nafsu yang mengaburi kewarasan akal.


Hari ini khutbah jumaat di Masjid Ashabus Solihin begitu rancak membincang masalah penzinaan dalam kalangan remaja. Kes buang bayi, bunuh anak, pelacuran, rahsuah seks, anak luar nikah, seks bebas dan banyak lagi semuanya berkait rapat dengan penzinaan. Khatib berkongsi kerisauan akan bala' Allah yang bakal mengundang kita akibat penzinaan.


Peristiwa Tsunami meratakan Acheh dengan sekelip mata masih segah, 
Bila kita mengundang murka Allah, Kita juga menempah bala' Allah.. 
Kun fayakun! (Maka Jadi Jadilah)


Bagi yang pernah melakukan perkara yang terkutuk ini bertaubatlah, sesungguhnya selagi kita bernafas selagi itu pintu taubat masih terbuka. Bagi yang masih tidak mesyesal dan ingin hidup dalam kejahilan bertuhankan nafsu maka ingatlah akan janji balasan Allah.. 


Hukuman di dunia pada penzina rejam sampai mati bagi yang sudah bernikah, 100 kali sebatan bagi yang belum bernikah kerana ia menghapus nasab keturunan. Undang undang di Malaysia tiada hudud, terlepas di dunia tapi tidak di akhirat. Sesungguhnya di akhirat kelak Allah tidak akan menoleh pada wajah wajah penzina dan mereka dicampakkan dan dibakar di dalam api neraka.


P/s: 
Kalau dah tak tahan sangat kahwin, jalan halal ada, senang je yang buat leceh tu adat. 
Selamat dari dosa zina. Amacam akad nikah, cinta lepas kahwin?  ;p

Related Posts : anak luar nikah, cinta, Dara, kanak-kanak, love, lucah, sayang, Sexy, zina

15 comments:

Unknown said...

topik cinte pas kahwin tu snok bukan

tpi realiti?

xsmudah dsangke

Anonymous said...

terima kasih mengingatkan...

Nurul Iman Rosman said...

semoga kita dijauhkan dari segala perkara yg menghampiri zina. amin.

CikTeddyCorner said...

xde plaksanaan hukuman yg tegas kt dunie ni..tp kalo tngok dr plbgai aspek,mmg susah nk bndung..dgn peranan ibu bapanya..hmm,mcm2..

Amelia said...

ye, zina ni mmg bukan stakat atas katil je.. ada byk jnis zina n smoga kita smua dijauhkan. kalau smua org yg terfikir cm tu nak khwin bgus la, tapi masalahnye.... hehe

Anonymous said...

semoga kita semua terselamat dari zina.
amin.
:)

LidiaSuraya said...

Sama sana kita ingat mengigati kn? Kadang tnpa sedar kita menghampirinya. Walau niat dihati tidak la ke arah tu kn?

faizah husna said...

nice entry saling mengingatkan..:)

Anonymous said...

review blog nie..

http://nurais-luahanhati.blogspot.com/2012/02/jom-review-geng-7.html

mirmashi said...

masehh berkongsi . buat saya muhasabah diri :) .

Zahirah said...

Setuju! Tapi tu lah, nak berubah tu kena ikhlas dari hati. Kalau orang, maka tak jadilah perubahan tu

Unknown said...

adui, risau n takut..

rozeeta rashid said...

kadang tak sedar apa yang dilakukan menghampiri zina. semoga dijauhkan.

sokong! cinta lepas nikah. nak suruh mak carikan la. hehe. =)

incik said...

cinta kerana nafsu punca gejala buang bayi..

MalizaMah said...

saling mengingatkan.....
TQ

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...