Showing posts with label first love. Show all posts
Showing posts with label first love. Show all posts

Thursday, 16 February 2012

Faktor Lelaki Boleh Berkahwin Empat


Assalamualaikum..Isu lelaki berkahwin empat sering dipertikaikan oleh kaum hawa, sering dibahas dan takkan pernah habis. Contohnya status-status di facebook, tak salah jika memarahi lelaki yang tidak layak untuk berkahwin lebih dari satu, tetapi janganlah sesekali mengeluarkan kata seolah-olah mempertikaikan hukum yang membolehkan seseorang lelaki beristeri lebih dari satu.. Antara petikan dari status wanita di laman sosial..

"Wanita lebih kedekut daripada lelaki kerana mereka tidak sanggup membenarkan suami mereka lebih daripada satu namun lelaki sanggup membahagikan kasih sayang kepada 4 orang isteri"
"Lelaki yang bercita-cita berkahwin empat tidak setia, tamak, gila seks, ikut nafsu dan tidak boleh dijadikan suami" 
"Lelaki yang tiada keinginan untuk berkahwin empat tidak normal!"

Setiap sesuatu hukum Allah itu sempurna. Sehingga wanita atau isteri sedia bermadu dijanjikan payung emas di akhirat kelak. Mengapa Allah merancang sebegitu? Kita tidak layak mentafsir tindakan Allah tetapi Allah mengurniakan Akal untuk kita berfikir tentang hukum dan sunnatullah.


Antara Faktor Lelaki Dibolehkan Berkahwin 4
  1. Lelaki sebagai pemimpin kepada kaum hawa, seorang pemimpi mampu mengawal lebih dari satu pengikut 
  2. Tugas dan tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga membimbing, isteri dan anak-anak. Sekuat mana sekalipun seorang wanita pasti dia memerlukan bimbingan seorang lelaki, suami mahupun ayah bagi belum berkahwin.   
  3. Akhir zaman, lebih banyak wanita dilahirkan daripada lelaki, tanpa hukum ini akan ramai wanita yang tidak bersuami serta hidup tanpa bimbingan. 
  4. Menyahut sunnah nabi untuk memperkembangkan dakwah dengan memperbanyakkan lagi zuriat Muslim sejati. 
  5. Nafsu utama lelaki adalah wanita, tidak mustahil dia mampu terpikat kepada wanita lain selain isteri, jadi untuk mengelakkan dosa penzinaan maka lebih baik bernikah untuk hubungan yang dirahmati Allah. 
  6. Selain itu, si isteri mempunyai hak untuk merelakan serta menentukan suami mereka layak untuk beristeri seterusnya atau tidak. 


Namun rahsia sebenar tentang hukum Allah ini, Wallahua'lam. Kerana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 54: Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin ;"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang". Ingat selagi kita takut tentang sesuatu perkara Allah pasti akan uji kita dengan perkara tersebut.


Kepada yang lelaki pula cermin diri dahulu sebelum berhajat beristeri 2, 3, 4. Adakah mampu berlaku adil tentang nafkah zahir mahupun batin. Adakah anda mampu mensama ratakan kasih sayang terhadap semua isteri? Adakah pendapatan anda lebih dari mencukupi untuk keperluan setiap isteri dan anak-anak?


Adakah anda sudah cukup berilmu untuk mendidik dan membimbing setiap isteri dan anak-anak? Serta yang utama tanya dengan jujur kepada diri sendiri apakah niat sebenar ingin beristeri lebih dari satu? Adakah untuk Allah atau sebagai makanan nafsu? Jika niatnya kerana Allah nescaya Allah akan permudahkan hidup dan memberi rahmat kepada keluarga, jika tidak! Sebaliknya menanti..

P/s: 
Haha. secara jujur jika ditanya saya tidak terlintas pun ingin beristeri empat. 
Fuyyooo poning-poning. Untuk didik sorang isteri pun banyak yang perlu dipelajari lagi. wekk :p






Wednesday, 15 February 2012

Video Klip Buat Ketawa Sampai Terkencing

Tilu - Bukan Cinta Monyet


Seriously, videoklip ni memang kelakar, aku ketawa terbahak-bahak kot sampai nyaris terkencing. Nasib baik sempat menguncup sampai kat bilik air. He he he. Gelak-gelak juga, tapi lirik lagu ini bawa maksud & messages tentang cintun zaman sekarang.. Jom kita lihat apa yang cuba disampaikan melalui liriknye.. 


Lirik 
Bukan Cinta Monyet

Cinta monyet uuu uuu, 3x

Kau rayu aku, Kau kata kamu Cinta...
Ayat-ayat cinta, Dari mulutmu Menggoda....

Sedikit pun oh kau.. Tak kenal aku..
Tapi mahu mahunya, Kau rayu diriku...

Ku tak mahu...Tak mahu tak mahu, Kusakit hati...
Ku tak bisa, Tak bisa tak bisa, Engkau bohongi...

Cintaku bukan...Cinta monyet lagi
Cinta cintaku...Bukan cinta cintaan


P/s: 
Ok laptop da ok, masa menerjah semula.. 
*wink*wink*

Friday, 20 January 2012

Suka Mengharap Malas Berusaha

Bila mahukan sesuatu macam ni la muka kita kan? haha.
Tetapi sebenar-benar pengharapan adalah kepada Allah


Dalam dunia ini terdapat empat jenis kategori manusia berdasarkan pemerhatianku. Mungkin kategori ini  mungkin tertulis dalam mana-mana buku, namun aku menulis ini berdasarkan pengalaman, pembacaan dan   keseluruhannya melalui pemerhatian tentang sifat manusia.


Suka Mengharap Kuat Berusaha
Manusia ini selalunya berjaya kerana disebalik pengharapannya itu timbul kesedaran kekerdilannya sebagai hamba yang lumrahnya mengharap kepada yang ketentuan Yang Esa iaitu Allah. Mereka ini kuat berusaha untuk beribadah dan kuat berusaha mengejar cita-cita atas kepercayaan dan kefahaman mereka tentang fungsi sebenar kehidupan. 


Suka Mengharap Malas Berusaha
Kebanyakan manusia tergolong dalam kategori ini. Mereka tahu Allah itu wujud dan mengharapkan segala sesuatu kepada Allah. Namun kepercayaan mereka tidak sepenuh hati, lalai dan alpa serta suka mengikut hawa nafsu.

Dan disebabkan itu, usaha mereka tidak setinggi harapan mereka bawa kerana jiwa berbelah bagi memilih Allah atau dunia. Sedangkan Allah menjanjikan nikmat setimpal dengan apa yang dikerjakan. Jika sedikit apa yang dikerjakan maka sedikitlah nikmat yang mereka dapat dan sebaliknya. Bahkan firman Allah "Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubahnya".


Tidak berharap Kuat Berusaha
Sifat-sifat ini ditopengkan oleh kaum yahudi. Hal ini kerana mereka tidak tunduk dan patuh kepada Allah namun tidak semestinya mereka tidak mempunyai harapan. Tidak berharap disini bermaksud mereka tidak meletakkan Allah sebagai sumber pengharapan. Mereka ini orang yang bongkak dan sombong kerana mereka hanya percaya kepada usaha mereka sahaja. Mereka kuat berusaha tetapi angkuh menolak Allah.


Tidak Berharap Tidak Berusaha
Mereka ini dikatakan sebagai orang yang berputus asa. Golongan ini dilaknat oleh Allah. Firman Allah yang bermaksud “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”(Q.S. Yusuf : 87)

Macam ni ke muka mengharap? puihhh~ haha

Pantun
Pandangan insan yang tidak sempurna,
Bukan fakta dan bukan pula auta,
Berharaplah kita pada Allah,
Dengan usaha sabar & tabah,

Anak ikan makan tuba
Tercirit-cirit tak tentu hala
Saban waktu menghilang, akhirnya kutiba,
Pulang untuk membalas terjahan semua,
^-^





Thursday, 12 January 2012

Spontaneous Thursday #3 KU TAK MELUPAKAN


Mungkin saat ini kau sudah melupakan aku, aku masih belum. Aku bukan pondan atau jantan ta guna, jantan ta guna.. jantan ta guna, ta tguna.. jantan ta gunaa.. seperti yang kau fikir. Tapi jika kau fikir seperti itu, aku redha, walau sudah hampir tiga tahun berlalu hari-hariku tetap sama seperti dahulu rindu untuk mendakap erat suaramu di telingaku. *huih maksiat tu, hahaha.. dulu je sekarang tak*

Tika itu, kita masing-masing terlalu muda.. Langkah pendek yang melerai semuanya. Moga yang terbaik buat kamu dan Selamat Hari Lahir Buat Kamu Eca, tanggal 7 Januari 2012 untuk yang ke 19 tahun dan buat ibumu Mama Shireen hari ni 12 januari 2012.. Semoga Allah merahmati.. *dia tak tahu aku follow blog dia dari dulu, kalau tak mampuih aku kena block, facebook aku.. dia dah block.. aduii..* haha.


Tidak lupa juga Selamat Hari Lahir juga buat adikku yang Tersayang! Nurul Atikah. Oke mahu bersiap-siap pulang ke rumah dahulu. Blogwalking? Kat rumah la.. Oke! *Beli hadiah?* Cukup je dengan kasih sayang save budget siket. Tak sweet? Korang belum tahu ke sweetan aku. Dun judge a man by his blog. Hahaha.


Nota Kaki Berstoking Tak Berbasuh Sebulan:
Kasih Sayang Itu lebih mahal dari wang ringgit. 
Tanpa kasih & sayang, kehidupan tidak "rigid". 
Maaf jika entri tidak bermotivasi,
 Aku manusia jua dikabur emosi..


legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...