Showing posts with label Dakwah. Show all posts
Showing posts with label Dakwah. Show all posts

Wednesday, 9 January 2013

Puisi: Salam Penantian Ratu Dila'


Salam Penantian Ratu Dila'

Pagi yang hening,
Tersergah dari lamunan,
Namun masihku berbaring,
Dalam Pakaiku lusuh-lusuhan,


Anjing  lebih segak menyapa,
Kudengan angkuh ingin melempar,
Tidak tahukah ia yang ku ini manusia,
Rasa mulia darinya haiwan yang dilempar,


Tapi yang ku fikir akan mulianya ku,
Sedang ku berbaring di halamannya,
Makanku, suapan simpati ke mulutku,
Sedang Ia mengais rezeki tak kenal hina,


Ku mendongak langit awan menangis,
Kerana detik hatiku menggapai pelangi,
Petanda sinar ceria untuk aku melukis,
Dengan warna hidup yang bakal pudar ini,


Wahai pelengkap rusuk kiri,
Diri ini serba serbi kekurangan,
Pasti bukan layakku untuk miliki,
Namun ikhlasku usah diragukan,


Kerna atas maksud keikhlasan,  
Ku belajar mengejar kemampuan,
Ku belajar memahami erti batasan,
Ku ukir matlamat dan wawasan iman,


Agar ketetapan yang selayaknya untukku,
Dan agar,
Tidak ku hadap-Nya dalam tepok keadaan,
Andai diijab kabulkan dengan maut dahulu,  
Tidak juga ku malu dalam berlusuh-lusuhan.


Salam penantian ini kuhembus selalu,
Kerna kuharap ianya kamu, tiada yang lain,
Akan kulerai genggam menadah bahagiamu,
Andai pula takdir tertulis kau rusuknya yang lain,


Cuma terkadang ku terleka ku alpa,
Akan matlamat hidup nan sementara,
Kerna aku juga An-Naas iaitu si Pelupa,
 Mendongak langit menagih HidayahNya,


Jika yakinmu akan apa yang aku yakini,
Maka cekalkan dirimu menadah langit,
Dengan kudrat Allah tertulis yang pasti,
Jua nanti hidupmu tidak terhimpit perit.


 Yang Ikhlas: Pelakar Bisikan Hati

Dila' = (Rusuk)

P/s: Bagi yang tak faham bleh request explaination tapi...
ku harap yang 'Kamu' semua faham. :)


Monday, 7 January 2013

Aku Tidak Mudah Jatuh Cinta




Assalamualaikum.. *Sambil menyelak sarang labah-labah, menebas semak samun serta mencolet kulapok dan kulat-kulat di blog ini* Haaa baru la nampak apa yang ditulih. heeee.. Lama jugak tak berhapdate, sampai berhaabokk.. ber.. haaa.. haakkkpuiihh.. *ekkkssppweessmii.. sorry.. terbersin pulak.. salit kat dinding* Ini bukan ngigau den menulih blog balik tapi ada gap exam so sebolum pocah palo den baco buku tu, baik den muntahkan beban kat wottak den sebelum adam stacy bergabung malatupp! 


Baiklah.. Cinta? Hurmm asal update je pasal Cinta.. Cinta.. Cinta!!! Kite bakor.. Kite bakor.. Kite bakor.. Bukan apa cuma akhir-akhir ini makin menjadi pe'el orang nak mencari cinta, putus cinta, dikhianat cinta la, dan ada sampai buat group *SAY NO TO CINTA* tah pape, lebih baik buat group nasyid, group alumni MRSM Jasin ke, tak pun study group.. Kan berpekdah..   


Manusia yang tidak mahu bercinta.. menderita,
Manusia yang mudah bercinta dan berpisah, tak setia,
Manusia yang takut nak menerima cinta, sunyi sepi hidupnya,
Manusia yang mahu semua manusia mencintainya, itu tamak haloba,
Manusia yang bercinta kerana takutkan Allah, itulah CINTA sebenarnya,


Seperti biasa, Cinta itu tidak salah tetapi Persepsi manusia tentang Cinta itu yang Salah. Budaya Orang bercinta yang menampakkan kehitaman pada percintaan. Matlamat awal percintaan haruslah Pernikahan dan Matlamat Cinta Selamanya ialah Allah. Andai tiada jodoh bersama orang yang dicinta, kita masih ada Allah. 


Ada yang juga yang buat keputusan "takmo la bercinta tunggu 30 tahun baru nak cintun-cintun ni, nak focus kerja" tapi apa kan daya cinta itu lumrah, jadi tak boleh dikekang, tidak juga perlu tergopoh-gapah mencari. Dan Ramai pasangan yang berkahwin muda akhir-akhir ini, malah hidup mereka lebih bahagia. *Siapa lagi kawan-kawan aku la!* nada jeles. Haha. 


Ini berlaku bukan sebab mereka gatal ke apa tapi Allah pertemukan dan ijab kabulkan mereka awal atas kemampuan mereka untuk membina mahligai pernikahan. Tetapi tak la semudah, persediaan demi persediaan perlu mereka perkukuh untuk mencapai status mampu. Bukan sahaja dari segi keperluan asas kehidupan tetapi apa yang lebih penting persediaan "diri".


Ilmu perlu diperkukuh, amalan perlulah soleh, akhlak yang cacat perlu diperbaiki, dan yang paling penting adalah Islah hati.. "pembaikan hati". Kemuncaknnya, adalah apabila setiap perkara yang dilakukan mestilah berpaksikan Lillahi Ta'ala (Kerana Allah) barulah matlamat sebenar Cinta tercapai. 


*Muhasabah diri selagi niat kita tidak betul, selagi itu kita belum mampu untuk mengecapi matlamat awal percintaan. Jika kata niat dah betul tapi mana buktinya, niat yang baik sahaja tidak cukup pasti seiring dengan perbuatan/ usaha yang baik dan betul serta membuahkan hasil yang baik, kemudian biar Allah  yang menjadi juri* 


Selain itu, bukanlah seseorang yang mudah mencintai itu, "Murah" tetapi mereka yang "Murah" adalah yang "Memurahkan" diri kerana Cinta. Setiap Lelaki dan Wanita muslim itu Mahal. Nilai mahal itu terletak pada penjagaan Maruah. Maruah??? Haa hanya yang benar menjaga maruah tahu akan erti dan nilai Maruah itu. Dan Maruah pula berkait sama sekali tentang BATASAN dan ANJURAN dalam ISLAM. Jadi mendalami ISLAM adalah cara terbaik mencapai matlamat Cinta. 


Dalam setiap perkara bersederhana itu lebih baik, tidak terlampau jumud dan tidak liberal. Maka dalam bercinta keserderhaan itu perlu kerana Cinta Hakiki untuk Allah.


Friday, 28 December 2012

Puisi: Mawar Jingga

MAWAR JINGGA

Indah seri mawar jingga,
Dalam seribu belum mampu diteroka,
Halus kelopak labuh kepangkal batang,
Ditiup angin tegar hemah walau bergoyang,

Jingga menawan, 
Tertarik akan kumbang-kumbang perawan,
Cuba dekati, namun racun, duri menanti,
Pulang hampa, kerna mawar terpelihara diri.

Hadir sang pengembara,
Berhasrat mawar jingga nan asli,
Hampir hayatnya cekal mencari,
Akhirnya ketemu apa dihajati

Bukan sekadar mawar
Hidupnya satu ditebing bukit air nan tawar
Tak semudah, cerun licin bergaung jadi halangan
Pulang pengembara hampa tidak, untuk persiapan,

24 purnama jadi taruhan,
Pengembara kembali tidak berkosong tangan,
Balang indah diperbuat Takwa berisi Air mata Iman
Tali Allah dan ukhwah ummah jadi tautan,

Sarung tangan Dakwah alat genggaman,
Bagi memetik sang mawar bukan calangan
Dengan matlamat syurga mawar jadi penyeri
Untuk redha Penguasa Hidup dan Mati.



P/s: Puisi ini bukan merujuk kepada Mawar atau Rose yang berwarna Oren atau Jingga tetapi ia adalah kiasan menegenai seorang insan sangat istimewa. Dan warna jingga yang dipilih kerana peribadi insan tersebut yang sangat indah dalam "PAKAIANNYA" iaitu agama Islam kerana bukan semua orang sesuai dikenakan dengan warna oren kan?? hihi. Orang yang tertentu sahaja yang nampak cantik berpakaian oren atau jingga. :)


Monday, 29 October 2012

Biarkan Rindu Jadi Rahsia

 Kumbang Lady Bird yang cute cuba menyunting Bunga Rose Pink. Sweet kann?? Ape.. tak sweet?? Puiii. Haha.

Salam lama juga tak menghapdate blog ni, bukan sebab dah bosan menaip tetapi banyak pula nak difikirkan dan diselesaikan.

Hari ni nak berkongsi sedikit mengenai masalah rindu yang akhir-akhir ini melanda manusia ibarat Tsunami. Ayat tak bleh blah. "Rinduuuu.. OOOooo.. Rinduuu serinduuu-rindunyaaa.. AAaaa.. Namun engkau tak mengerti.. OOOoo". Takkan nak terpekik terlolong nyanyi lagu ni jika kita merindu seseorang kan? Jangan sampai jiran sebelah terpaksa menggunakan sumpit untuk mendiamkan anda. HAHA

Jadi apa yang perlu dilakukan? Post kat facebook, cakap terus terang, messages, atau dating dengan orang yang dirindui??? From my "Humble" opinion, rindu itu adalah lumrah. Pelbagai cara boleh dilakukan untuk meluahkan, sama ada secara terang-terangan, kiasan atau perantaraan. Aku tidak mengatakan salah jika rindu itu diluahkan namun setiap perlakuan itu pasti ada batas. Dan batas itu yang kita mahu "alert" dan jaga.

Namun ada juga yang suka memendam rindu (macam aku, :P) bukan kerna menjadi "Penakut, Noob atau Goyang" untuk meluahkan tetapi kami yakin bahawa setiap kali terdetik perasaan rindu itu pasti Allah akan sampaikan salam rindu itu kepada orang yang dirindui. Macam mana Allah sampaikan? Mungkin melalui detikan hati, perantaraan manusia, atau apa jua cara diluar batasan Pemikiran Manusia. Wallahu'Alam. Yang pasti Allah itu Maha Mengetahui apa yang terselindung di hati manusia (sedang malaikat dan syaitan tidak mampu membaca hati) dan Allah jua Maha memperkenankan Doa hamba-hambanya. 

Oleh sebab itu, aku tidak perlu risau dan kamu, kamu, serta kamuu.. juga tak perlu risau, gundah gulana, makan tak basah, tidur tak kenyang dan kentut tak berbau (haaa.. yang ni bagus!), bila merindui. Sebab setiap detikan hati, apa yang terfikir, ucapkan dan usahakan itu adalah Doa. Namun sejauh mana keyakinan kita terhadap Allah, itu yang menjadi ukuran. Keyakinan yang jitu, membentuk semangat yang mendalam dan akhirnya membuahkan kegigihan dalam usaha. Tidak guna kita yakin semata kepada Allah, jika tanpa usaha untuk mendekatiNya. Makin hampir kita dengan Allah makin mudah Allah memperkenankan hajat kita.

Dengan izin Allah Moga Salam Rinduku, akan terus menerus sampai kepada mereka yang Dirindui dan Semoga yang Dirindui sentiasa merasainya juga. :)


Nota Kaki Berketuat
Aku juga insan yang lemah, kadang kala kuluahkan jua rindu melalui "Puisi" dan "Coretan Kata Kiasan" Huhu. Walaubagimanapun, sebaik-baik pengaduan adalah pada yang Maha Esa kerna Dia, Maha Mendengar.

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...