Showing posts with label Cun. Show all posts
Showing posts with label Cun. Show all posts

Monday, 6 January 2014

Spectacles is Fishing Nerd!


 Sam sparks: which one is better? Nerd or Hot?

Assalamualaikum and good days, hmmm actually I shouldn't blogging today because tomorrow I've to face the WAR! Scary huh? What WAR? Is it for Palestine or Egypt? Perhaps.. I've guts.. but it is just a small war to be faced by a student. An Exam! Okayhhh.. not a big deal, though there are tones of theories and principles to be memorized.. Like the '3 Idiots' say.. "All is well".. which means sometimes, you have to lie your heart that everything is gonna be alright, so that the nerves cannot dominate you.. Nice right?


Lol, but the topic today isn't about the exam but it is akin of related to it, which is NERDDD.. Whoaa~ Scary? LOL..  People are too afraid to be labelled as NERDDD.. though the word cannot curse them to death. Butt.. oooppss.. but.. sometimes to be labelled as NERDY, can haunt somebody throughout his or her life. Okay to be clear, what is nerd? A guy or a girl wearing a spectacles, without hairstyle, holding many books.. n blaa blaa blaa.. 


Nobody can explained the correct terms of being NERD.. So it is just a blind perception by others and people have their rights to be what they want, unless it is something out of our rational mind. To see a girl with spectacles is such a stunning moment in my life because from my sight they are pretty enough. Besides, all girls already got their natural beauty without make ups. Just with a spectacles as an accessory, a little bit of face foundation and lip balm, give them an awesome looks! Lastly, lets the quote speaks "Simple is modesty and Modesty is a crown of beauty".. *Winking


Seriously I like to see girls with spectacles. They look simple and cute aite?? Hahaha.
Btw it is much better if they were with scarf.. :)




Wednesday, 8 August 2012

Jenis Awek Sexy Comel Tak Boleh Buat Bini

Huyyoooo, awek ni cik google yang cari, den tak bersalah.

Assalamualaikum semua, Di bulan yang Mulia ini aku memohon Maaf untuk entry ini, niatku hanya sekadar berkongsi. Haih apa nak jadi ni cubalah kasi bahan yang Ilmiah siket untuk dibaca, ini nak tambah dosa je lebih! Bukan apa hari ni aku nak kongsi siket je Bro and Minah-Minah sekalian. Sebab sekarang semua nak trend awek cun sexy comel PUiiii macam wonderpet, opps silap Wondergirls, Big Bang, Girls Generation, S.N.S.D, Kara, S.E.S, K-POP aiskrim Pop tapi akhirnya Gadis Melayu ataupun Amoi Bertudung dipilih untuk calon Isteri kerana yang ASLI itu lebih BERMUTUsamy. OK aku da start mengarut~


Jadi hari ini dengan dukacita Beta (sebab aku keturunan 5 Raja Bugis Bersaudara) ingin berkongsi tentang Tiga Jenis Awek Cun Yang Tak Sesuai untuk lelaki, abang-abang or jejaka-jejaka macho, handsome, kacak bergaya di luar sana untuk Dijadikan Suri Di Hati dan di Rumah atau lebih mudah Binikkkk. Cewahhhh! Ini cuma saranan sahaja. kalau mahu juga mampuih sama ko la. Haha.


1) Bersifat Bengis Ganas dan Beraksi Lucah di Halayak Ramai. Lihat Contoh Video Dibawah

 


2) Pengotor, walaupun mempunyai semangat yang jitu untuk merasai liku-liku kehidupan


3) Photomaniac! sehingga tidak sedar dapur di rumah tak pernah berasap sampai ke- Tua


PS: Sekadar Gurau Senda di Kasi Nampak Gusi
Kihkihkih

Sunday, 5 August 2012

Mahu Awek Amoi Cun Baik Comel Tapi Kau?

Amoi Heaxa ke ni? Bukanla ni google cari maa. kiki

Assalamualaikum dan good morning to all readers, hehe. Bila da start blogging ni mula la rasa gatal tangan otak pun gatal.. gatal3.. Garukkkk! Baik, kembali kepada isu, ramai antara kita yang mahukan yang terbaik dalam hidup termasuk bab memilih pasangan. Banyak cekadak ko nak itu ini. Tak salah kerna itu lumrah. Dalam memilih pasti kita menilik memerhati menilai sesuai dengan criteria yang sesuai dengan cita rasa eceh macam nak masak sup bunjut ADABI lah pulak namun.. dalam kesibukan itu kita lupa "memandang cermin" melihat dan memperbaiki "kehodohan" dalam diri sendiri.

Si Jantan Semperit ( takkan nak tulis gebret, ada ke Jantan Gebret? ) sibuk mahu beristerikan wanita Cantik, Cun, Cute, Cumel, Besar itu ini (rumah bapak die), Montok, Mantap, Tegap (Macam Athlete Olimpik 2012), Tembam, Muka Amoi, Gadis Sunti, Alimah, Solehah, Jalandah dan semua Kejadah.

Si Minah Rempah (tak sesuai pulak kalau nak istilahkan minah rempit kan?) sibuk nak bersuamikan Lelaki Handsome macam Hussein Lempoyang atau Sulaiman Akhlaken, Gagah, Perkasa, Cergas macam Lee Chong Wei Olimpic 2012, Baik Hati, Alim Ulama', Soleh, Sweet Giler Babeng, Memahami itu ini. blaa. blaa. blaa..

Semua itu tak salah tetapi cukuplah jika seseorang itu ada Agama dan faham Tanggungjawabnya. Yang selebihnya adalah bonus diskaun 50 percent!! Hidup, Maut, Rezeki dan Jodoh telah ditetapkan oleh Allah sejak seseorang itu berumur 40 hari dalam kandungan ibu. Namun Allah beri kita pilihan melalui DUIT, Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal

Cuma jangan kita terlalu memilih sehingga kita lupa melihat ketidaksempurnaan diri. Kerana setiap manusia itu tidak sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Cermin diri, perbaiki diri dan berusahalah mencari pasangan yang paling sesuai. Namun jika apa dicita tidak diperoleh, terima sahaja apa ketentuan Allah.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih (SURAH IBRAHIM: Ayat 7).

Sekian sahaja coretan Musafir Hina yang Tandus Iman. Salah silap harap Maaf.
Jangan Lupa tinggalkan komen untuk dijejaki semula.

Sunday, 22 April 2012

Kau Jual Mahal? Puiiii

Sumber: puppetkertas

Assalamualaikum rasanya dah sebulan blog aku ni berlumut tiada berentri. Siap ada tumbuhan algae turut menghiasi antaranya lichen, menjalankan proses photosynthesis (menyerap cahaya laptop) untuk menghasilkan makanan. Apa daa aku merapek!

Sebenarnye aku nak cerita sedikt pasal jual mahal ni. Secara jujur aku suka gila kat orang yang suka jual mahal ni. * Tetibe. Haha. Sebab tu aku suka tengok cerita "perfect match" kat NTV 7 your feel good channel. Ok xde kaitan~ Sila tampo muka bertubi-tubi. =.='


Ciri-ciri orang jual mahal yang aku tak suka.

  • Tak tetap pendirian, hari ni jual mahal esok jual murah 
  • Jual mahal sebab saja nak tengok orang terhegeh kat dia 
  • Jual mahal nak bajet hot kentut busuk gak! boleh dapat bila nak dan sepak bila bosan 
  • Nak pilih yang terbaik, tapi tak pernah sedar diri sendiri betul-betul terbaik ke tak? 
  • Nak pasangan hensem-hensem, kaya, bergaya baru setaraf dengan diri dia yang lawa (vice versa)



Orang yang mahal tarak juaih punyerr!

    • Jaga aurat, hormat ibubapa, & cukup solat lima waktu stiap hari 
    • Jaga akhlak dan jaga tutur kata, patuh tuntutan agama dan syarak. 
    • Tidak sombong tapi tetap jaga perbatasan antara lelaki dan perempuan
    okey itu je! 



    Siket sahaja kriteria untuk jadikan seseorang itu mahal? Memadai from my view side tapi di mata Allah jauh lebih besar dan tinggi tahap kriterianya.

    Tapi sedikit yang tersenarai itu pun bukan semua mampu penuhi. So kalau nak jual mahal bior la mahal betul-betul janganlah sekadar melepaskan kentut di escalator. Haha


    "Para Solehin dan Para Solehah adalah manusia yang termahal di bumi"

    Monday, 16 January 2012

    Awek Tudung Cute Hot Dan Sexy!


    Kalau rasa ragu-ragu nak tengok lebih baik jangan, jangan degil!
    Tapi kalau dah degil sangat tengok je la..

    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .
    .

    Tu la kan aku da cakap awek melayu tudung ni, sangat cute hot dan sexy..
    Tapi dia ni belum akhil baligh, kalau korang yang dah baligh pakai cam gini..
    Nak je aku sebat bontot korang dengan buluh.. wakaka :p



    Nota Kaki Berkudis
    [Entri Autopost]
    Aku ada hutang perlu dibayar dengan Allah,
    Jumaat pulang Insya'Allah.
    Untuk balas komen kome,
    Balas singgah kome,
    Singgah lah hari-hari,
    Penat awok buat entri,


    Saturday, 10 December 2011

    MAMAT TerGila-Gila Minah Hindustan!

    Urmila Matondkar

    Assalamualaikum semua.. Hari gua nak cerita siket tentang MAMAT.. Mamat mane? Alaa.. Mamat vokalis kumpulan tuttt.. tuuu.. haaa. Isk3.. Ade plak minat gila minah hindustan sampai tergila-gila nak berbinikan minah hindustan? Gila apa?! Bukan banyak lagi ke minah melayu, amoi, kadazan dusun yang cun melecun lagi ayu sopan kat Malaysia ni nak buat bini. Jauh kot nak pergi India!

    Actually Mamat yang dimaksudkan sebenornye aku.. Haha.. Tadi cakap vokalis? Ye la aku ni vokalis dan studio recording dalam henset aku jer,  kadang-kadang berkumpulan dengan adik aku terpeking terlolong.. kah.kah.kah.. Tadi sedang kebosanan, aku pon tengok la cite yang mak aku layan, macam kusyuk semacam je Beliau.. So aku pun duduk join.. Tiba-tiba bontot aku seolah-olah melekat kat kerusi mata pulak tak berkelip minda pulak berhalusinasi.. Halamak! mampuih dah lekat kat depan TB.. Setengah jam kemudian mak aku pun cau nak g jalan-jalan.. yela der.. hari sabtu kowt mesti mau shopping~! tangan di dada mata ke atas~ Aku pon terus melayari ombak filem terbabit. Pergh! lama kot tak layan gian tengok hindustan sorang-sorang, tak melalak memang tak sah lah kan.. Siot je cerita tu buat jiwa karat ku berbunga-bungaan. Haha. Hello gua bukan pondan oke~

    Sridevi

    Apa lagi tak tahan kot tengok cerita cinta hindustan.. Ayat plak memang macam haram tersusun macam puisi kot~ Ubah-ubah siket kasi kat awek gerenti cair gua cakap samalu.. Tapi paling gua musykil tu ade lagi ke CINTA macam dalam cerita hindustan tu. Ke kat India je? Tu la gua berangan klu gua ade dua bini dalam cerita Hindustan tu mesti TERBAIK kan! har har har. Gua bukan nak bini dua tapi korang tengok la sendiri cerita JUDAAI (1997) kat Astro ZEE.. "Butanya Cinta, Kaburnya Mata Akibat Harta dan Kesucian Pengorbanan Dalam Bercinta" baru korang paham maksud aku.. hehe. Siyes best gua tak tipu money back guarantee punya cerita.. :D 




    Friday, 2 December 2011

    Puisi: Gadis Melayu

    Maaf ye Cik Rina, cik google kite yang curi pic ni.. ;p

    Lama rasanya tak berpuisi, tak salahkan berpuisi.. Hehe. Disini kuterbitkan sebuat puisi yang kunukil suatu masa dahulu buat gadis-gadis melayu di luar sana. Ape? Tak suke?? Tak kire boboi nak kasi jugak.. cebab.. boboi cukew cangat kat gadis-gadis melayu bertudung n copan ni.. Muahh. Kah3! :p Tidak lupa juga kepada semua gadis yang bertudung dan memelihara agamanya! Tu lagi boboi cukeeeww.. :p


    Puisi l GADIS MELAYU

    Gadis melayu,
    Indah rupa bak salju,
    Lembut tingkah laku bak angin bayu,
    Sekali terpandang terbit rindu,
    Membuat mata ku merenung kuyu,

    Oh! tersangatlah ayu,
    Dibalik lilit-lilit selendangmu,
    Melilit kemas menyisip urat rambutmu,
    Terpancar seri wajahmu,

    Bulat bola matamu,
    Manis senyum bibirmu,
    Tak perlu disolek-solek pipimu,
    Tak perlu dicukur-cukur keningmu,
    Walau tanpa gincu,
    Tetap hatiku jadi layu,

    Wahai sang gadis melayu,
    Santunmu bak buluh perindu,
    Lirikan manja mengusik kalbu,
    Sopan kamu menggoda aku,

    Bukan itu yang kuagungkan tetang kamu,
    Kupandang kamu dari sudut hatiku,
    Islam kau jaga tiap waktu,
    Taat Allah dan Rasulmu,
    Hormat akan ibu dan ayahmu,
    Berbaik-baik sama sekelilingmu,
    Akhlak terpelihara selalu,
    Istiqomah kamu tanpa jemu,

    Wahai Gadis Melayu,
    Terpaut hatiku tak menentu,
    Jantungku bagai dipalu-palu,
    Inginku tegur terasa malu,
    Terasa rendah pabila seiring denganmu,
    Kerana mahalnya kamu itu,
    Ibarat berlian dalam longgokkan permata palsu.

    Yang Ikhlas,
    Pelakar Bisikan Hati


    legitimate friends

    Paparan terbaik dari bloggers!

    CERITAS BUSUKS!
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...