Thursday, 22 December 2011

Single Itu Hodoh??

Assalamualaikum.. Lama rasanya gua tak memekak kat blog gua ni.. *Sorry pakai gua.. Rindu rasanya kat blog gua. Sorry gua memang spastic siket.Gua memang busy dua tiga hari ni sebab hectic test itu ini, assigment haih~ Okay la senang cerita, gua kurang paham kenapa bagi luorang single tu tak laku, tak hensem, tak cantik, tak macho? Sebab ada membe gua kesian tengok gua single? Gua pelik lah.. Gua yang sebenarnye kesian tengok dorang asik couple tapi tak pun nikah. Bawak anak orang kehulu-kehilir tak ingat dosa, last-last break. haih~ So terima kasih kesian kat gua, gua pun kesian kat lu orang gak.. Hahaha. So hari ni gua nak cerita siket kelebihan single nih!

Jimat
Gua rasa orang couple yang tengah hot bercinta ni mesti sehari, mahu 20-30 ringgit habis beli top up nak bergayut punya hal, lain la yang pakai DG plan tu jimat siket. Haha. Bila single, call mak ayah je pun tu pun singgit dua.. Haha. Tak balas messages pun takde orang nak marah. Lagi satu tak payah nak susah-susah nak kena blanje awek ke pakwe yang belom tentu jadik pasangan sehidup semati kita.. :p

Bebas Bersosial
Gua bukan maksud bebas bergejala sosial tapi bebas nak berkomunikasi dengan sesiapa pun tiada siapa cemburu, makan hati, salah anggap and takde la kena tempik dengan buah hati pengarang jantung.. puii~ Kepala pun tak la serabut, asik berkepit je and nak kena jaga hati buah hati intan payung.. puiii~ Klu dapat yang betul-betul memahami Alhamdulillah.. Untunglaaaa.. :p

Kurang Dimaki
Dah kata hidup single, so takde la yang nak maki. Klu ade awek or pakwe ni ade je yang tak kena! Asik nak bergaduh je walaupun sayang. Aku ade dengar pepatah ni " A woman that truly loves you will be angry at you for so many thnigs but will stick around" tapi kalau asik kena maki aku pun tak tahan.. aduii~

0 Saham Dosa Couple
Mesti lu orang kata "eleh ingat tak couple macam dosa tak banyak je, maksiat bukan sebab couple je, lagipun kitorang keluar sama-sama je buat apa-apa pun". Aduii~ Tapi bila lu orang couple bukan bertunang or bernikah ye, itu pun dah mendekati zina. Tak? Berdua duan bukan muhrim, ke hulu kehilir tanpa ikatan yang sah itu bukan salah? Lagi satu syaiton yang selalu jadi pengantara, mula la nak pegang tangan, gosok sana sini, cuit sana, cuit sini, cium pipi.. sedangkan cium mak bapak yang dapat pahale tu pun tak pernah. Hadoiiyyaai!

Ini sebenarnye maksud single Hot tak? Hahaha

P/s: 
Gua bukan nak condemn orang bercouple tapi Islam itu penuh dengan adab dan peraturan untuk kebaikan manusia juga. Jika betul-betul cinta bernikahlah, jika tidak mampu lagi usahlah mengguna Istilah "couple" kerna ia tidak menghalalkan apa yang haram kerna yang haram itu tetap Haq (nyata). Gua sangat kesian bila dapat tahu ramai perempuan muslim yang hilang dara, mengandung sebelum berkahwin dan buang anak akibat couple-couple ni. Gua kesal. Jika benar cinta mohonlah petunjuk dari Ilahi usahlah termakan dengan kata hati~ ;) Jika rasa ada yang tak kena pada entry, kritikan anda amat dialu-alukan. :)


Related Posts : anak luar nikah, Awek, cinta, couples, kekasih, muslim, single, zina

33 comments:

iAmCekbolat said...

hikhik.. kite same la single ^^ jom skandal.. huwaaaa.. *grrr..
stuju ngn entry nih =D

MalizaMah said...

saling mengingati itu penting....
ingat siapa diri kita.. dan ingatkan diri agr menjauhi perkara2 yg tak elok.. doa2 kan yang terbaik...

Anonymous said...

setujuuuu~ single best..huhu

Nurul Bazilah Binti Mohd. Azlan said...

No Couple Before Akad ^_^

Suraya Aris said...

yup setuju. bercouple itu salah. bercinta itu tak salah. :) ada beza dua-dua tu tau.

http://theotherkhairul.blogspot.com/2011/12/declaration-of-hukum-haram-beza-antara.html

iem said...

jom couple..
haha

Unknown said...

Single itu mnawan


pssst byk hang tatau. Bole bce kt cerpen bersiri ya allah. Xpon search iffah afeefah kt gugel. Nti br phm pe y jd huhu

shaerin syazwan said...

hehe , biaselah 2 . people suke tgk dr aspek negetive . anyway , couple or single , due2 ade kelebihan n keburukan sendiri .

( mentang2 saya bcouple )

couple itu dah mcm tunang bg saya , sbb sedang menjalani proses mengenali sesame sendiri and keluarga kedua belah pihak .

pape pun , rilekss suda kannn =)

p/s : sokong pasal dosa berdua . semoga imanku kuat ! ( wah ~ )

Nurul Iman Rosman said...

yeahh, single is the best.
dapat mengelakkan maksiat :)

fieha said...

single x bermaksud kita bersendirian :)

lieynanilaz said...

setuju sangat dengan entry ini..
single lagi baik dari dok couple yg belum tentu lagi..hehe.

fadh leyanie said...

wa suka hidup solo dan wa bersetuju 200,300,400,1000% dengan entry lu dan tak semestinya single tu tak laku,tak hensem,tak cantik,tak macho,:D + perjalanan hidup jauh lagi.

CikTeddyCorner said...

lol..im single an i absolutely agree la..mmg la mksiat tu bkn smata2 bile kapel..tp kalo single,mksiat lbih bnyk boleh dielakkan..

Nonie said...

couple kkdng bgus..if sama2 bg semangt tuk stdy ke..bnda2 positive.tp kena pndai jaga la ^_^

Zahirah said...

setuju! yeahhhhh.. hoho

Anonymous said...

Bak kata nabil Cintailah Y maha menyintai ^^

couple is trouble,wt+dose je.Nikah is great + phala.hahah..

gadisnikon said...

wah... suka dgn entri ni... teringat conversation between me n my aunt.. dia pn kesian kat amy single dia srh amy cpt2 cari some1.. i wish that easy rite?? :)

Unknown said...

betollah tuh, org single lebih disayangi Tuhan....^^

Unknown said...

single cool lah sangat

AmALiNa aFIqAh said...

setuju jugak la dengan entry ni.

actually kalau orang2 yang ber'couple' pandai jaga diri masing2,tahu batas agama, jaga maruah, harga diri, x salahkan?

yang salah bila dua2 p dengar hasutan syaitan. sebab tu ramai yang ke laut.

just pandangan saya je. =)

ema said...

entry ni sgt2 la betol ye ;)

kajaharuna said...

saye single.. dan saya tahu, single is sexy :) awww

Anonymous said...

dah fobia nk bercinta :(

Unknown said...

lorh..siapalah gerangan yang kesiankan kamu yg single tu..kat dunia ni tuhan jadikan semua berpasangan...cume kamu belum jumpe aje...setuju dengan semua yg kamu kate tu.... tapi tak seme couple tu negatif..kalau tau jage batas... * cakap sambil cover mulut takut tersembur*

nazreen said...

haha..btol3...
aku sokong 100%!!

.drakula. said...

sebenarnya tiada apa yg salah kalau faham kita ini menganut agama islam...mahu berkapel sekali pun tiada masalah selagi jujur untuk kemana tujuannya dan mengapa...kalau kita war2 itu dan ini salah maka bagaimana cara yg paling betul untuk waktu ini...mereka bukannya manusia yang berumur 5 tahun yg boleh kita arah2kan tetapi mereka sudah dewasa...pilihan ditangan sendiri dan oleh itu sengaja diadakan pahala dan dosa begitu juga neraka dan syurga...tepuk dada tanya selera.

cik ika said...

thanx for this entry..ta boleh nak kate lebih2 sebab im not single..huk3

~Erina~ said...

hahaha...
Mmg duit tak habis saja-saja...
Credit Rm5 boleh tahan sebulan lamanya...
Tak payah jaga hati sesiapa...
Bebas berkomen, bertwit, bersosial dengan berjuta manusia...
Hati gembira walau tidak berpunya...
cuma perlu jaga diri agar tidak ternoda...
kerana sure akan jumpa bila tiba masa dan ketika..

Fyqa said...

ok nice !
;)

theflow said...

hahah caya la lu..go single go! tehee~

being a single give u more advantages kann..

syukur :)

Akmal Khalidah said...

Setuju sangat! Sedihkan budak kecik pun dah pandai couple. Last2 break. Kesian.

Anonymous said...

single itu awesomeee
:)

CSI said...

sangat setuju! bukan single tu tak laku... tapi mahal.... wohhohoho

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...