Salam Penantian Ratu Dila'
Pagi yang hening,
Tersergah dari lamunan,
Namun masihku berbaring,
Dalam Pakaiku
lusuh-lusuhan,
Anjing lebih segak menyapa,
Kudengan angkuh ingin
melempar,
Tidak tahukah ia yang ku
ini manusia,
Rasa mulia darinya
haiwan yang dilempar,
Tapi yang ku fikir
akan mulianya ku,
Sedang ku berbaring di
halamannya,
Makanku, suapan simpati
ke mulutku,
Sedang Ia mengais rezeki
tak kenal hina,
Ku mendongak langit
awan menangis,
Kerana detik hatiku menggapai
pelangi,
Petanda sinar ceria
untuk aku melukis,
Dengan warna hidup
yang bakal pudar ini,
Wahai pelengkap rusuk kiri,
Diri ini serba serbi
kekurangan,
Pasti bukan layakku
untuk miliki,
Namun ikhlasku usah diragukan,
Kerna atas maksud keikhlasan,
Ku belajar mengejar kemampuan,
Ku belajar memahami
erti batasan,
Ku ukir matlamat dan wawasan
iman,
Agar ketetapan yang selayaknya
untukku,
Dan agar,
Tidak ku hadap-Nya
dalam tepok keadaan,
Andai diijab kabulkan dengan
maut dahulu,
Tidak juga ku malu dalam
berlusuh-lusuhan.
Salam penantian ini kuhembus
selalu,
Kerna kuharap ianya kamu,
tiada yang lain,
Akan kulerai genggam
menadah bahagiamu,
Andai pula takdir tertulis
kau rusuknya yang lain,
Cuma terkadang ku terleka
ku alpa,
Akan matlamat hidup
nan sementara,
Kerna aku juga An-Naas
iaitu si Pelupa,
Mendongak langit menagih HidayahNya,
Jika yakinmu akan apa
yang aku yakini,
Maka cekalkan dirimu menadah
langit,
Dengan kudrat Allah tertulis
yang pasti,
Jua nanti hidupmu tidak
terhimpit perit.
Yang Ikhlas: Pelakar Bisikan Hati
Dila' = (Rusuk)
P/s: Bagi yang tak faham bleh request explaination tapi...
ku harap yang 'Kamu' semua faham. :)