Showing posts with label Ombak Rindu 2011. Show all posts
Showing posts with label Ombak Rindu 2011. Show all posts

Wednesday, 11 January 2012

Kedurjanaan Dan Pelepasan


Assalamualaikum semua, setelah aku bermati-matian menyerahkan seluruh jiwa dan raga, akhirnya tamat jua penyeksaan yang aku alami. Kesiumanku hampir retak, malam siang berjaga, kukerah keringat namun ia bukan semudah yang kusangka. 

Tuhan tolong lembutkan hati dia, Untuk menerimaku seadanya, 
Kerana ku tak sanggup, Kerna ku takmampu hidup, 
Tanpa dia di sisiku...

Kuharap lelahku bukan sekadar ludahan ditepi longkang. Namun itu bukan Hak ku, kerna aku tiada apa-apa yang ibarat cebisan dedaunan yang gugur, di tiup angin, jatuhku ditempat yang subur, aku mampu bercambah semula.. 

Jika terhenti aku ke tanah tandus, keringlah aku dimamah waktu menjadi debu.. Aku tidak pasrah tetapi aku redha dengan ketentuan-Nya, Hanya Yang Maha Segala layak menilainya.. Alhamdulillah aku telah usaha dengan sehabisnya..

Tragik kisah di atas tu? Ini semua penangan ombak rindu la, baru khatam malam tadi. hehe.Walhal entri ni tiada kaitan pun dengan kedurjanaan dan kisah diselitkan namun jika dihayati ia ada mesej tersirat~ Bab pelepasan tu betul! Officially saya sudah tamat examination! Itu sahaja aku mahu kongsi di sini. HAHA


Sedikit Nota Kaki Berbau: 
Gagal tidak semestinya sakai. 
Kejayaan tidak semestinya pandai. 
Usaha untuk berjaya itu adalah lebih bernilai.



Wednesday, 4 January 2012

Wordless Wednesday #4 Untuk Yang Dirindui


Ps: Adakah kita antara yang dirindui?
[Entri Autopost]


Saturday, 10 December 2011

MAMAT TerGila-Gila Minah Hindustan!

Urmila Matondkar

Assalamualaikum semua.. Hari gua nak cerita siket tentang MAMAT.. Mamat mane? Alaa.. Mamat vokalis kumpulan tuttt.. tuuu.. haaa. Isk3.. Ade plak minat gila minah hindustan sampai tergila-gila nak berbinikan minah hindustan? Gila apa?! Bukan banyak lagi ke minah melayu, amoi, kadazan dusun yang cun melecun lagi ayu sopan kat Malaysia ni nak buat bini. Jauh kot nak pergi India!

Actually Mamat yang dimaksudkan sebenornye aku.. Haha.. Tadi cakap vokalis? Ye la aku ni vokalis dan studio recording dalam henset aku jer,  kadang-kadang berkumpulan dengan adik aku terpeking terlolong.. kah.kah.kah.. Tadi sedang kebosanan, aku pon tengok la cite yang mak aku layan, macam kusyuk semacam je Beliau.. So aku pun duduk join.. Tiba-tiba bontot aku seolah-olah melekat kat kerusi mata pulak tak berkelip minda pulak berhalusinasi.. Halamak! mampuih dah lekat kat depan TB.. Setengah jam kemudian mak aku pun cau nak g jalan-jalan.. yela der.. hari sabtu kowt mesti mau shopping~! tangan di dada mata ke atas~ Aku pon terus melayari ombak filem terbabit. Pergh! lama kot tak layan gian tengok hindustan sorang-sorang, tak melalak memang tak sah lah kan.. Siot je cerita tu buat jiwa karat ku berbunga-bungaan. Haha. Hello gua bukan pondan oke~

Sridevi

Apa lagi tak tahan kot tengok cerita cinta hindustan.. Ayat plak memang macam haram tersusun macam puisi kot~ Ubah-ubah siket kasi kat awek gerenti cair gua cakap samalu.. Tapi paling gua musykil tu ade lagi ke CINTA macam dalam cerita hindustan tu. Ke kat India je? Tu la gua berangan klu gua ade dua bini dalam cerita Hindustan tu mesti TERBAIK kan! har har har. Gua bukan nak bini dua tapi korang tengok la sendiri cerita JUDAAI (1997) kat Astro ZEE.. "Butanya Cinta, Kaburnya Mata Akibat Harta dan Kesucian Pengorbanan Dalam Bercinta" baru korang paham maksud aku.. hehe. Siyes best gua tak tipu money back guarantee punya cerita.. :D 




legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...