Showing posts with label malu. Show all posts
Showing posts with label malu. Show all posts

Sunday, 22 April 2012

Apa pasal menyalak? PTPTN Memang Tak Perlu Bayar

Gambar hiasan sahaja

Assalamualaikum, akhir-akhir ni sibuk tentang tragedi mogok agar dimansuhkan PTPTN? Siap baring, bergolek, berbogel ada ke? kat Dataran Merdeka. Pe kedehal? Semalam aku pergi observe byk lagi khemah-khemah yang berlonggokan. Perlu ke mansuh? Kerajaan tubuhkan PTPTN untuk pinjaman pelajaran dah sah-sah bukan untuk biasiswa. Sebab tak layak terima biasiswa la korang apply PTPTN kan? Haih~ Pastu buat tindakan sangat bodo bijak, mogok-mogok, pastu kelas. pelajaran terabai? Masa nak  sign kontrak dulu kemain takde pulak nak bangkang bagai? Dah berjoli sana sini nak mansuh pulak? Kalau nak marah pasal "bunga" yang dikenakan, aku pun sokong. Tidak perlu lah sehingga Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional pula hendak dimansuhkan. Kesian la kat generasi akan datang. Takkan sebab anak jadi pencuri satu keluarga kena hukuman penjara. Mereka yang beriya-iya sangat PTPTN dimansuh sebab utama tak mahu bayar letttewww, adat meminjam perlu la membayar. okeh!


Bagi yang dah pinjam tapi tak mahu bayar aku ade solution, PTPTN free punya!
  • Mula-mula bagi students yang pakai PTPTN yang tidor, baring-baring, kentut-kentut kat Dataran merdeka tu balik Universiti masing-masing, muhasabah diri, solat lima waktu sehari semalam, minta petunjuk Ilahi.
  • Buat jadual bermain dan study, ulangkaji mata pelajaran yang lemah
  • Setiap test kasi fullmark bebeh! Assignment pun kasi terbaik! no copycat.
  • Study smart, buat study group and maintain usaha gigih dalam belajar
  • Nak final, doa banyak-banyak, usaha smartly, Istiqamah, Tawakal,
  • Insya'Allah dapat Pointer 3.5 above, maintain usaha hingga akhir sem
  • Insya'Allah CGPA anda 3.5 above (Ijazah Kelas Pertama)
  • Apply Pengecualian Bayaran Balik PTPTN ------> PTPTN free!


Ini antara petikan yang diambil di portal PTPTN
Peminjam yang layak memohon pengecualian bayaran balik PTPTN adalah peminjam yang diluluskan pinjaman/ pembiayaan pendidikan sebelum 1 Julai 2005 atau bergraduan mulai 1 Januari 2010 dan telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan mendapat keputusan Kepujian Kelas Pertama. Bagi peminjam dari IPTS pula, ia terhad kepada peminjam yang telah mengikuti kursus yang mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA.

Cara-cara memohon pengecualian
1. Sesalinan Ijazah
2. Sesalinan transkrip akademik
3. Surat pengesahan Kelas Pertama
4. Surat akuan peminjam. (klik di sini)


Monday, 2 January 2012

Bahana Hobi Gadis Bergambar Seksi

Angie Vanora bersidang di ABC 

Assalamualaikum semua, maaf atas tajuk yang kurang sopan. Entri ini sekadar mengutarakan akibat hobi gadis sekarang yang suka mengambil gambar peribadi serta dengan sambil lewa menyimpan ke dalam komputer riba, handphone dan juga yang gemar mengupload di laman sosial.

Di sini diselitkan info mengenai seorang gadis amerika Angie Varona yang telah digodam komputer peribadinya dan gambar beliau yang sexy telah disiarkan di google search sehingga 240,000 gambar. Bangga? Ataupun malu? Perlukah gambar seperti itu diambil? Disimpan? Inilah akibat kelalaian, bila akal tiada landasan berfikir dan bertindak mengikut hawa nafsu.

Tidak lupa juga kisah pegawai bank di Singapura akibat hobi beliau merakam dan menangkap gambar bogel sendiri, terdedah apabila komputer peribadinya dihantar ke sebuah kedai untuk di format. tetapi tanpa disedari ia telah digeledah dan gambar beliau telah didedahkan di serata internet oleh apek cina yang membaiki komputer ribanya.

Baru-baru ini sibuk di sumatera selatan tentang 2 orang gadis telah dipecat oleh agensi apabila gambar mereka bertelanjang di tandas pejabat  (dirakam melalui handphone) dicuri oleh salah seorang rakan karib mereka dari fail gambar handphone dan disiar di internet. 

Di Malaysia ada beberapa blog yang menyiarkan gambar-gambar gadis melayu menjolok mata, amat menimbulkan kemarahan aku dan aku tidak tahu mengapa blog-blog tersebut tidak disekat? Bagaimana ingin disekat sedangkan beribu-beribu sumber diuploadkan di internet, dilaman sosial? Disekat sahaja, muncul pula blog lain? Sumber ini juga boleh hadir dari teman-teman lelaki anda. Antaranya.. 


Menyedihkan kebanyakan paparan di laman itu semua melayu! Adakah anda mahu jadi seperti mereka? Apakah perasaan ibu bapa? melihat gambar anak mereka sebegitu rupa? Jelas manusia di luar sana sedang menunggu peluang untuk meraih keuntungan atas kelalaian dan kecetekan akal.. Yang malu diri sendiri, ibu bapa, masyarakat, bangsa, negara? Bahkan lagi menyedihkan agama kita juga dimalukan.. :'( 

Jangan sampai anda menjadi magsa, usahlah membuta tuli mengupload gambar peribadi anda di laman-laman sosial atau kepada teman lelaki. Cukuplah sekadar kecantikan anda dihargai oleh diri anda sendiri. Aku nasihat bukan sekadar membebel kosong tetapi aku risau dan sayang akan bangsa dan agamaku.



legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...