Monday 2 January 2012

Bahana Hobi Gadis Bergambar Seksi

Angie Vanora bersidang di ABC 

Assalamualaikum semua, maaf atas tajuk yang kurang sopan. Entri ini sekadar mengutarakan akibat hobi gadis sekarang yang suka mengambil gambar peribadi serta dengan sambil lewa menyimpan ke dalam komputer riba, handphone dan juga yang gemar mengupload di laman sosial.

Di sini diselitkan info mengenai seorang gadis amerika Angie Varona yang telah digodam komputer peribadinya dan gambar beliau yang sexy telah disiarkan di google search sehingga 240,000 gambar. Bangga? Ataupun malu? Perlukah gambar seperti itu diambil? Disimpan? Inilah akibat kelalaian, bila akal tiada landasan berfikir dan bertindak mengikut hawa nafsu.

Tidak lupa juga kisah pegawai bank di Singapura akibat hobi beliau merakam dan menangkap gambar bogel sendiri, terdedah apabila komputer peribadinya dihantar ke sebuah kedai untuk di format. tetapi tanpa disedari ia telah digeledah dan gambar beliau telah didedahkan di serata internet oleh apek cina yang membaiki komputer ribanya.

Baru-baru ini sibuk di sumatera selatan tentang 2 orang gadis telah dipecat oleh agensi apabila gambar mereka bertelanjang di tandas pejabat  (dirakam melalui handphone) dicuri oleh salah seorang rakan karib mereka dari fail gambar handphone dan disiar di internet. 

Di Malaysia ada beberapa blog yang menyiarkan gambar-gambar gadis melayu menjolok mata, amat menimbulkan kemarahan aku dan aku tidak tahu mengapa blog-blog tersebut tidak disekat? Bagaimana ingin disekat sedangkan beribu-beribu sumber diuploadkan di internet, dilaman sosial? Disekat sahaja, muncul pula blog lain? Sumber ini juga boleh hadir dari teman-teman lelaki anda. Antaranya.. 


Menyedihkan kebanyakan paparan di laman itu semua melayu! Adakah anda mahu jadi seperti mereka? Apakah perasaan ibu bapa? melihat gambar anak mereka sebegitu rupa? Jelas manusia di luar sana sedang menunggu peluang untuk meraih keuntungan atas kelalaian dan kecetekan akal.. Yang malu diri sendiri, ibu bapa, masyarakat, bangsa, negara? Bahkan lagi menyedihkan agama kita juga dimalukan.. :'( 

Jangan sampai anda menjadi magsa, usahlah membuta tuli mengupload gambar peribadi anda di laman-laman sosial atau kepada teman lelaki. Cukuplah sekadar kecantikan anda dihargai oleh diri anda sendiri. Aku nasihat bukan sekadar membebel kosong tetapi aku risau dan sayang akan bangsa dan agamaku.



Related Posts : gila, hobi, malu

7 comments:

nazreen said...

no komen...hehe..

Nonie said...

pelik2 la sekarang...
btw good luck exam..^_^

CikTeddyCorner said...

a'ah..cik penah trmsuk satu blog...er xtau la mcm mane boleh trsinggah blog tu..sumenya gmbr lucah pompuan mlayu..lemah jntung..

iAmCekbolat said...

==" gmbr yg brtdung pun sme naik.. haiyakk.. skong awkk ^^

Zehan Ilyana said...

betul3x..
byk sgt skrg org tgkap gambar sendiri macam2 gaya..hoho

Unknown said...

stakat ni gambo sndri pon jarang ade kat lmn sosial

bhye skng

ella said...

penangan duian yg semakin canggih dan kurang didikan agama..

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...