Monday, 2 January 2012

1 Januari 2012, Seks Bebas Jadi Santapan

Keratan akhbar, Pesta Seks  semasa Sambutan Tahun Baru 2009.

Assalamualaikum semua.. Ada sihat, ada baik? Maaf tidak berblogging kerna sedang sibuk dengan final exam. Terima kasih kepada yang sudi singgah, Insya'Allah akan diterjah semula. Pasti anda semua tidak berasa  kaget dengan tajuk yang bakal diutarakan. Sudah menjadi lumrah setiap kali perayaan disambut pasti ada gologan yang terlalu taksub sehingga bertindak berlebih-lebihan?


Tidak salah kita berasa gembira menyambut tahun baru, tetapi cukuplah kita berhimpun sekeluarga berdoa, bersyukur kerna masih berpeluang meneruskan nikmat hidup yang dikurniakan oleh Allah untuk kita. Juga cukup dengan bermuhasabah diri atas kehilafan diri serta berazam untuk kelemahan tersebut.


Pernahkah sekali kita sejenak tertanya.. Mengapa Tahun Baru Islam (Muharram) tidak dirai dan semeriah Tahun Baru Masihi? Bahkan Sambutan Muharram adalh sebenar Tahun Baru Umat Islam? Kerna jelas pemikiran barat telah meracuni fikiran kita. Bahkan lebih dahsyat lagi, dimana barat sedang merainya dengan arak, parti seks bebas, konsert Mega, parti-parti lagu, gig? Anak muda kita di Malaysia juga tidak kurang hebatnya! Mengagung-agungkan budaya yang sama!

Sedikit intipati khutbah jumaat 30 Disember Masjid Fasa 2 Puncak Alam, digembar-gemburkan sebuah Sambutan Tahun Baru Mega 2012 akan dilaksanakan di Port Dickson. Yang diwar-warkan sebagai antara sambutan yang terbesar di Asia, yang bakal mengumpulkan ratusan ribu anak muda bermula 30 Disember 2011 hingga lewat malam 1 Januari 2012.

Tepat pukul 12 tanggal 1 Januari 2012, sedang kita bersorak-sorak meraikan tahun baru kita kadang kala terlupa dimanakah anak atau saudara lelaki dan perempuan kita sedang berada? Adakah mereka disisi kita? Aku disini buka sekadar menabur fitnah. Tetapi ia sudah menjadi lumrah di Malaysia,  setiap kali Sambutan seperti Hari Kemerdekaan, Tahun Baru Masihi dan perayaan-perayaan besar yang lain beribu-ribu gadis melayu serta lain-lain bangsa menadah kesucian mereka untuk dinodai.

*Lihat sahaja program Seksualiti Merdeka yang cuba diketengahkan oleh hampir 20 badan NGO sempena kemerdekaan Malaysia baru baru ini? 

Astaghfirullah..

Kata mereka, mereka memilih tarikh keramat untuk hilang mahkota, dan telah bersedia untuk itu? Jelas kebodohan. Budaya kita kah?Berapa pula anak-anak kita bercumbu-cumbuan di tepi tasik, mabuk, dan berzina? Berapa pula anak melayu kita yang mati  dan ditangkap akibat merempit di jalanan?  Apakah perayaan dan kebebasan seperti ini yang diagungkan wahai anak muda? Tuhan berikan kita akal dan berfikirlah dengan sebaik-baik nya.

Minta bantuan siket!
Thanks! :)


Related Posts : seks bebas, tahun baru 2012

14 comments:

Suraya Aris said...

Astagfirullahalazim :(

syasyajohan said...

sebab tu ada penceramah yang kata macam ni
"kira 9 bln dri 1.1.2012 confirm statistik anak luar nikah naik"

=.=

cik mun said...

akhir zaman..

CekbOlat-bOlat said...

blan 9 ni hspital penuhh ! grrr..

si para para said...

punah...

Nur Syah Ira S said...

Nauzubillah . dunia akhir zaman -,-
Erm , just doa jela supaya kita dihindarkan dari prbuatan2 negatif macam neh , InsyaAllah :)

∫êℳå ℋiℳå₩åℛï said...

2012 kan dunia nak berakhir
sebab 2 diorang nk berseronok habis2an
huhu

LidiaSuraya said...

isk iskkk... semoga 2012 mereka2 berubah...

Amira Sakinah Sulaiman said...

astaghfirullahalazim

baik lahh duduk rumah kan dri nak keluar mcm tuu..hurmmm


awal muharam dh lepas,jadi selamat tahun baru ikut kalendar masihi :D

fadh leyanie said...

menyesal pulak gua pegi disko haritu,
betul apa yg diprkatakan,sambutan thn baru Islam tidak serancak sambutan thn baru masihi.Sbgai cnth.: bila thn baru Islam pngangkutan sprti bas perlu di sediakan utk menjemput anak2 muda pergi lokasi sambutan berbanding dgn sambutan tahun masihi tak payah sediakan bas pun pandai je ank2 muda pergi sendiri..merempit pulak tu.panjang pulak gua komen.-sekian.

Iffah Afeefah said...

Mmg sme sngn stts kat fb sy
sibuk nk agungkn tahun br yahudi

erm dorg ni makin maju dunia makin mundur akhlak

Original CikTeddy said...

isu mcm ni xkan hbis slagi hukum Islam sbnr x terlaksana..

cik Kartun said...

lagi 9 bulan.. anak2 tak berd0sa brgelimpngn @_@

Alieza Dayasari said...

bila tahun baru.. merdeka ker... yg hari ada event...
masa tu lah projek byk...
elak2 kan lah.....
aduhai...
ibu bpa pun jgn mudah beri kebebasan kpd anak2....

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...