Saturday 24 December 2011

Dara Atau Tiada Dara?


 

Assalamualaikum sahabat,  merujuk kepada tajuk di atas,  ramai rasanya sudah melihat begitu tinggi ku angkat wanita dalam penulisanku, tetapi itu adalah harapan sebenar aku buat semua wanita bukan sekadar membuta tuli memuji. Kerna aku bukan seseorang yang bermulut manis, jika aku berkata atau menulis ia datang dari hati.

Kali ini tidak salah rasanya jika aku berkongsi kerisauan yang melanda diri ini tentang maruah mereka? Kesinambunganya di sini, aku pelik bin ajaib pada zaman sekarang seolah-olah DARA itu tiada harga. Kenapa aku berkata begitu? Takkan kita tidak sedar tentang bilangan anak luar nikah yang membanjiri Malaysia saban tahun.

Seramai 214,033 anak luar nikah tidak sah taraf dan tidak berbapa didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara sehingga tahun 2009 tidak termasuk yang tidak didaftarkan, mati dibunuh atau di buang dalam tong sampah. Jika mereka faham tentang nilai DARA itu pasti tidak semudah menyerahkannya kepada lelaki yang bertuhankan nafsu serakah. Adakah disebabkan cinta itu buta??? Itu alasan bodoh!
Jadi! Jelas terserlah seramai 214, 033 perempuan Malaysia yang hilang DARA! dan mengandung sebelum bernikah sepanjang 2005 hingga 2009. Itu yang diketahui, yang tidak? Adakah angka itu terlalu sedikit dan kita tidak perlu risau? Mengapa begitu ramai? Dianiayai? Dirogol? Aku yakin itu hanya segelintir dan sememangnya bukan salah mereka. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang. Jadi jika benar mempertahankannya, masakan lelaki bernafsu serakah mudah menerobos? Bagiku DARA adalah lambang kesucian dan maruah seorang gadis.

Wanita yang mengkhianati DARA mereka, seolah juga telah mengkhinati kesucian dan maruah yang dianugerahkan Allah kepada mereka. Ku angkat dara itu sebagai TAKHTA seorang gadis suci. Manapula hanya seorang jejaka yang hebat sahaja mampu merajai TAKHTA tersebut, iaitu seseorang lelaki yang bernama suami, berpaksi akad yang sah serta disaksikan Allah SWT.


Firman Allah dalam surah Al Mu'minun: 1-5, bermaksud "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman,[1] Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya [2] Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia [3] Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu) [4] Dan mereka yang menjaga kehormatannya [5]"


Hari ini, daku selidik masih ramai lelaki yang mahu bakal isterinya itu berDARA walaupun sejahil dan sejahat mana sekalipun lelaki itu. Jadi bagi wanita yang sudah tiada dara? Yang masih dara pula lahir silih berganti.. Apakah kesudahan mereka? Adakah mereka tidak layak bersuami? Sudah tentu mereka masih ada hak! 

Tetapi bukan semudah tanggapan akal yang cetek! kerna manusia tipikal masih beranggapan "Isk, pompuan tu lawa tapi dah takde dara, tak nak aku buat bini". Apa pula tindakan bakal ibu mertua setelah tahu bakal menantunya sudah ditebuk tupai? Ketawa terbahak-bahak? Bahkan... apa yang lebih teruk, apabila wanita yang sambil lewa menjaga maruahnya itu, dikurniakan suami yang sangat baik, adakah dia tidak perlu rasa bersalah setelah meludah kehormatannya untuk dinodai lelaki lain dan mengkhianati hak suaminya?

Juga adakah seseorang wanita yang tidak menjaga maruahnya merasakan "oren" apabila mendapat suami yang jahat lagi kejam lalu ada yang berkata "memang layak pun perempuan liar macam sipolan tu dapat suami macam gitu? Tepuk dada tanya iman kerna Janji Allah, Lelaki yang baik untuk wanita yang baik, wanita yang baik untuk lelaki yang baik.



Jadi kuseru wanita-wanita tak kira bangsa dan agama jagalah maruahmu, tutuplah tubuhmu, cekalkanlah hatimu, dan ingat berfikirlah dengan waras sebelum mengambil keputusan, jika buntu mintalah petunjuk Ilahi. Hukum Allah itu benar, jika terasa diri itu jahil kembalilah ke jalan Allah. Timbalah ilmu sebanyak mungkin kerana seindah hiasan adalah Wanita Solehah.

Seorang wanita yang solehah itu adalah lebih baik daripada 1,000 orang lelaki Xsoleh, 
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.. 
Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. 

P/S: Maaf sahabat jika gaya penyampaian yang ditonjolkan sekadar menzahirkan emosi terhadap sesuatu penulisan. Ia sekadar cebisan jiwa yang belum tepat kesahihannya. Maaf sekali lagi kerna daku insan yang tak sempurna. Tiada niat untuk tunjuk pandai . Sekadar berkongsi yang terbuku di hati dan di minda.



Related Posts : ciri-ciri calon isteri, Dara, gadis melayu, perempuan melayu, wanita solehah

22 comments:

iAmCekbolat said...

-_-" btul tu.. tpi lelaki yg baik utk wnita yg baik !

CikTeddyCorner said...

insyaAllah..sbnrnya dlm mslh ni due2 pihak slh.yg lelaki pntang disajikan dgn godaan,pompuan plak ade yg tkde otak serah tubuh..asasnya pegangan agama dlm diri msing2..kalo iman x kuat,mmg susah la..lg2,mmg trlalu bnyk fktor sbnrnya..kalo nk dibincangkan mmg tkkan hbis..

r-5 said...

Cik Bolat-bolat: betul itu janji Allah. So sama-sama kita perbaiki.

Cik Teddy: Memang benar dua-dua pihak bersalah, namun kesannya wanita yang menanggung.. Lelaki yang jahat bebas bersenang lenang mencari mangsa yang lain. Jadi wanita perlu dua kali ganda menjaga maruah mereka..

Unknown said...

macam biasa,dunia akhir zaman.tapi saya rasa media massa pun ada peranannya.tengoklah filem kita dalam filem ombak rindu pun aksi ranjang jadi perkara biasa.artis lelaki,perempuan berlakon peluk2 dah jadi suatu keperluan dlm filem mas-.-

shaerin syazwan said...

sokong , tapi yes . semua itu berbalek pada iman .

CINTA itu suci , makanya TOLONGLAH berhenti mencemarkan maksud CINTA dengan perkara yang kotor dan jijik .

*muke serius .

jalan nya satu , solatlah . kerna solat yang sempurna akan mengelakkan kita dari perkara-perkara yang di mungkari .

MalizaMah said...

Lelaki akn pilih isteri yg pasti masih dara walaupun sejarah kehidupannya pernah membuat ramai wanita tiada dara....
jadi ..... wanita harus menjaga sebaiknya...

gadisnikon said...

insyaALLAH.. thanks share entri ni moga menjadi panduan dan ingatan untuk setiap wanita...

Unknown said...

anak luar nikah tu diaktifkan oleh benih laki jugak...huhuhu
cuma pmpn yg2 ni sng sangat ikot nafsu, faktor?
xlain xbkn kurg agama, tp pintu taubat masih terbuka :))

Suraya Aris said...

semoga Allah melindungi kita daripada perkara2 yg tidak baik. ameen. good entry btw :)

Unknown said...

Mjur saje aku jge tahkta tu


dorg da nyesal pon ttp akn de sjrhnye

fadh leyanie said...

fuh! wa rasa macam berada dalam dewan ceramah belia bila baca entry ni,perempuan yg ada didikan agama cukup xkan mudah dan lalai mnjual maruah mereka,tapi apa pun ingatlah setiap pasangan ni kalau dia baik maka baiklah juga pasangannya.Wallahualam~

Zehan Ilyana said...

moga kita semua (yang belum kahwin) dapat mempertahankan maruah diri dan kesucian diri kita...:)))

cik ika said...

seeloknye jagalah maruah wahai2 kaum hawa diluar sana..

iem said...

sama kita doa agar kita terlindung dr melakukan perbuatan terkutuk 2...

Anonymous said...

semoga Allah kuatkan iman chemay supaya dapat menjaga kehormatan chemay untuk suami yang sah.
amin.
:)

Unknown said...

yep.. actually, hilang dara sebelum khwin tu satu benda yang memalukan diri sendri.. cuma bila dah banyak buat bnda x baik, hati jdi keras untuk menilai..
(in case kalau buat bnda terkutuk tu lah, klau case2 kemalangan/trlalu aktif mngkin xpa kan..mgkin..)

Amira Sakinah Sulaiman said...

insyaallah..

kajaharuna said...

hurmm sokong sangat.. :)

tp menurut apa yang saya faham, semua yang kena tu, kurang didikan agama.. lepas tu gatal..

lebih selamat kalau kite single.. tak dela nak deting2 pegang2 ke ape.. yeah!! hidup single!!
haha

Anonymous said...

setuju ! klo msyrkt x ambil peduli mcm nie la jdinya.Ad y ilmu agamanya melangit tinggi tapi pnghayatnnya mmg teramt rndh tu la jdinya.Semuany bermula dari individu dan didikan dri rumah y sbnrnya.Awasilah orng sekeliling kita dn nasihati mereka ap y termmpu.

Nor Zilla Sensei said...

betul 2. islam itu indah, ini menunjukkan betapa tinggi nya darjat sorg perempuan itu disisi Nya.

En blogger said...

http://santaihq.blogspot.com/2012/02/video-ada-dara-kolot-ke.html

KHai said...

Lelaki akan merasa sungguh bertuah jika isterinya masih dara ketika malam pertama... Ada juga wanita yang tak ada dara secara tak sengaja seperti aktif bersukan...

Yang penting kita kena selidik dengan teliti latar belakang kehidupan bakal isteri kita agar tak menyesal kemudian hari... :)

Entri Terkini :
Tips Lengkap Cara Belajar Vokal Dan Menyanyi Seperti Professional

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...