Sunday, 5 August 2012

Mahu Awek Amoi Cun Baik Comel Tapi Kau?

Amoi Heaxa ke ni? Bukanla ni google cari maa. kiki

Assalamualaikum dan good morning to all readers, hehe. Bila da start blogging ni mula la rasa gatal tangan otak pun gatal.. gatal3.. Garukkkk! Baik, kembali kepada isu, ramai antara kita yang mahukan yang terbaik dalam hidup termasuk bab memilih pasangan. Banyak cekadak ko nak itu ini. Tak salah kerna itu lumrah. Dalam memilih pasti kita menilik memerhati menilai sesuai dengan criteria yang sesuai dengan cita rasa eceh macam nak masak sup bunjut ADABI lah pulak namun.. dalam kesibukan itu kita lupa "memandang cermin" melihat dan memperbaiki "kehodohan" dalam diri sendiri.

Si Jantan Semperit ( takkan nak tulis gebret, ada ke Jantan Gebret? ) sibuk mahu beristerikan wanita Cantik, Cun, Cute, Cumel, Besar itu ini (rumah bapak die), Montok, Mantap, Tegap (Macam Athlete Olimpik 2012), Tembam, Muka Amoi, Gadis Sunti, Alimah, Solehah, Jalandah dan semua Kejadah.

Si Minah Rempah (tak sesuai pulak kalau nak istilahkan minah rempit kan?) sibuk nak bersuamikan Lelaki Handsome macam Hussein Lempoyang atau Sulaiman Akhlaken, Gagah, Perkasa, Cergas macam Lee Chong Wei Olimpic 2012, Baik Hati, Alim Ulama', Soleh, Sweet Giler Babeng, Memahami itu ini. blaa. blaa. blaa..

Semua itu tak salah tetapi cukuplah jika seseorang itu ada Agama dan faham Tanggungjawabnya. Yang selebihnya adalah bonus diskaun 50 percent!! Hidup, Maut, Rezeki dan Jodoh telah ditetapkan oleh Allah sejak seseorang itu berumur 40 hari dalam kandungan ibu. Namun Allah beri kita pilihan melalui DUIT, Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal

Cuma jangan kita terlalu memilih sehingga kita lupa melihat ketidaksempurnaan diri. Kerana setiap manusia itu tidak sempurna melainkan Nabi Muhammad S.A.W. Cermin diri, perbaiki diri dan berusahalah mencari pasangan yang paling sesuai. Namun jika apa dicita tidak diperoleh, terima sahaja apa ketentuan Allah.

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih (SURAH IBRAHIM: Ayat 7).

Sekian sahaja coretan Musafir Hina yang Tandus Iman. Salah silap harap Maaf.
Jangan Lupa tinggalkan komen untuk dijejaki semula.
Related Posts : Allah, Amoi, Awek, Bukan Cinta Monyet, Cantik, cina, cinta, Comel, couples, Cun, firman Allah, love, pelakar bisikan hati, sayang, Seksi, Terjemahan hati

7 comments:

Unknown said...

e3rm ye tgk diri dlu

tp kene jugak cr y sdp mate mmndang ye x

fadh leyanie said...

sekarang ni musim cari pasangan ke,smua org sibuk cari pasangan==`
kalau cerewet sangat tak payah kawin..semua manusia tak sempurna.*sedang melihat cermin.
btw ada jugak selendang macam amoi tu tapi warna oren.

r-5 said...

Iffah Afeefah: yang penting dengan bersyukur dengan apa yang kita dapat. kesedapan mata memandang itu tak semestinya menjamin kebahagiaan

r-5 said...

Fadhleyanie: haha mana ada musim cari pasangan tapi ni je idea nak hapdate. kiki. selendang warne oren i like warne oren.. :p

mama lynn said...

mencari pasangan hidup mmg senang tp mcari pasangan utk membimbing seluruh hidup itulah yg susah

Unknown said...

erm,, tuan punya blog pula macamana? nak yg comel tak?.. hehe..

Malaysian Boy said...

As for me the most important criteria in choosing life partner is weather you can co-op with him/her or not and as well as him/her. Don't mind if you want to choose someone with good appearance and attitude but him/her must suit yourself.What is your opinion bout "lelaki y baik tuk pompuan y baik"?

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...