Thursday 16 February 2012

Faktor Lelaki Boleh Berkahwin Empat


Assalamualaikum..Isu lelaki berkahwin empat sering dipertikaikan oleh kaum hawa, sering dibahas dan takkan pernah habis. Contohnya status-status di facebook, tak salah jika memarahi lelaki yang tidak layak untuk berkahwin lebih dari satu, tetapi janganlah sesekali mengeluarkan kata seolah-olah mempertikaikan hukum yang membolehkan seseorang lelaki beristeri lebih dari satu.. Antara petikan dari status wanita di laman sosial..

"Wanita lebih kedekut daripada lelaki kerana mereka tidak sanggup membenarkan suami mereka lebih daripada satu namun lelaki sanggup membahagikan kasih sayang kepada 4 orang isteri"
"Lelaki yang bercita-cita berkahwin empat tidak setia, tamak, gila seks, ikut nafsu dan tidak boleh dijadikan suami" 
"Lelaki yang tiada keinginan untuk berkahwin empat tidak normal!"

Setiap sesuatu hukum Allah itu sempurna. Sehingga wanita atau isteri sedia bermadu dijanjikan payung emas di akhirat kelak. Mengapa Allah merancang sebegitu? Kita tidak layak mentafsir tindakan Allah tetapi Allah mengurniakan Akal untuk kita berfikir tentang hukum dan sunnatullah.


Antara Faktor Lelaki Dibolehkan Berkahwin 4
  1. Lelaki sebagai pemimpin kepada kaum hawa, seorang pemimpi mampu mengawal lebih dari satu pengikut 
  2. Tugas dan tanggungjawab suami sebagai ketua keluarga membimbing, isteri dan anak-anak. Sekuat mana sekalipun seorang wanita pasti dia memerlukan bimbingan seorang lelaki, suami mahupun ayah bagi belum berkahwin.   
  3. Akhir zaman, lebih banyak wanita dilahirkan daripada lelaki, tanpa hukum ini akan ramai wanita yang tidak bersuami serta hidup tanpa bimbingan. 
  4. Menyahut sunnah nabi untuk memperkembangkan dakwah dengan memperbanyakkan lagi zuriat Muslim sejati. 
  5. Nafsu utama lelaki adalah wanita, tidak mustahil dia mampu terpikat kepada wanita lain selain isteri, jadi untuk mengelakkan dosa penzinaan maka lebih baik bernikah untuk hubungan yang dirahmati Allah. 
  6. Selain itu, si isteri mempunyai hak untuk merelakan serta menentukan suami mereka layak untuk beristeri seterusnya atau tidak. 


Namun rahsia sebenar tentang hukum Allah ini, Wallahua'lam. Kerana firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 54: Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin ;"Mereka merancang , Allah juga merancang ,Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang". Ingat selagi kita takut tentang sesuatu perkara Allah pasti akan uji kita dengan perkara tersebut.


Kepada yang lelaki pula cermin diri dahulu sebelum berhajat beristeri 2, 3, 4. Adakah mampu berlaku adil tentang nafkah zahir mahupun batin. Adakah anda mampu mensama ratakan kasih sayang terhadap semua isteri? Adakah pendapatan anda lebih dari mencukupi untuk keperluan setiap isteri dan anak-anak?


Adakah anda sudah cukup berilmu untuk mendidik dan membimbing setiap isteri dan anak-anak? Serta yang utama tanya dengan jujur kepada diri sendiri apakah niat sebenar ingin beristeri lebih dari satu? Adakah untuk Allah atau sebagai makanan nafsu? Jika niatnya kerana Allah nescaya Allah akan permudahkan hidup dan memberi rahmat kepada keluarga, jika tidak! Sebaliknya menanti..

P/s: 
Haha. secara jujur jika ditanya saya tidak terlintas pun ingin beristeri empat. 
Fuyyooo poning-poning. Untuk didik sorang isteri pun banyak yang perlu dipelajari lagi. wekk :p






Related Posts : Bukan Cinta Monyet, cinta, eyes. love, first love, gadis melayu, nikah, pengalaman, perempuan melayu, puppy love, sayang

17 comments:

Anisa Hang Tuah said...

hm..tp sy tanak berkongsi..hmmmmmmm

Anonymous said...

biarlah perkahwinan tu berlandaskan pada jln yg betul..bukn nfsu semata2.
tu jer.. tapi akhir zmn skung nie, kita sndri leh tngok kbnykn lelaki tidak dpt mmbimbing dgn baik p0n.
bukn xde, cuma tak ramai!
yang ramai nya bagi alsn ikut sunnah

iAmCekbolat said...

ntah la.. lgipun lelaki takde istilah curang kan? sbb die mampu.. betul x?

btw,tak kesah dimadukan.. i relee.. hehe

Zahirah said...

Semua orang mempunya pendapat yang berbeza-beza. Huehue. Tapi tu la hakikat. Kalau lelaki ni nak kahwin banyak tapi tak berlaku adil. Susah juga. Nanti dibangkitkan di Padang Mahsyar di mana mereka akan berada dalam keadaan bahu yang senget sebelah. Itu sangat menakutkan.

Eyka said...

eyka nak dgn syg laa cenni..auwww~ haha:P

kwen byk laa besh wey..byk umah bole dudk..kan kemajuan 2? haha:P

anywy rindu lu laa bhai..gi mne hilng? :P

Unknown said...

kalau bab isteri empat ni cepat je,,,
btw,memang ramai yang tak nak kongsi.lol

syafiqa said...

sy macam anisa.

Suraya Aris said...

sebenarnya perempuan ni alergic dengan perkataan poligami. hanya segilintir je yg betul2 ikhlas nak poligami rasanya. yang lain2 tu pasrah je kot. hehe

Fiza Nurani said...

sunnah nabi...

fadh leyanie said...

peh..peh,,isu hangat yg sering dipertikaikan,kalau bab kawin 4 je.. lelaki kata nak ikut Sunah nabi..sunah yg lain tak nak ikut pulak.huh !

cik ika said...

sukelah kaum lelaki bila diutarakan kahwin 4 ni..

ayoi said...

burn!!!

Anonymous said...

korang asyik cerita faktor lelaki poligami...tapi korang tak tahu sebenarnya kebanyakan lelaki zaman sekarang tak minat kahwin 2-4..cukup satu je.....terutama lelaki yg cemerlang dan ada kerjaya serta kedudukan....mcm lah saya....buang masa je nak kahwin 2-4...baik lagi duit yang ada sy simpan..tak banyak belanja....kalaupun nak kahwin kenalah tolak(-) salah satu dan cukup lah satu....dan kalau ada juga perempuan yang hendak..ala cukuplah setakat kawan main2 je....bagi saya kalau perempuan sangat nak kahwin juga carilah calon2 lelaki yg banyak kat tepi2 jalan..yg lepak-lepak kat pasar raya,shoping kompleks.....khekhekhe...

Pandangan yang ikhlas dari
rahim
M44

MalizaMah said...

baca sajak awak...
rosak sajak awak nanti....

Unknown said...

Bgs la takmo

kang byk bende kene jage
bkn sbb nfsu smate

herizal alwi said...

izin share

herizal alwi said...

Izin share

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...