Sunday, 27 November 2011

Awal MUHARRAM? Apa kaitan dengan KITA?!

Apakah pengorbanan kita untuk Islam? Muhasabah sejenak..

Assalamualaikum, sedang sibuk umat mempersiapkan diri untuk menghadapi catatan amalan yang baru. Apa yang kita sedang sibuk lakukan? Di mana anak-anak muda kita sedang meraikannya? Adakah di masjid-masjid sedang bertilawah, bertarannum, membaca yaasin? Ataupun sibuk di kelab-kelab malam, gig sana sini, berkhalwat di taman-taman KLCC, merempit dan adakah sibuk meraikan dengan aktiviti sosial? Kita tidak tahu apa yang sedang meranap masa depan anak-anak melayu muslim sekarang. Mengapa terjadi? Kerna rendahnya nilai moral dalam diri individu remaja, siapa yang harus dipersalahkan? Allah? Ibubapa? Makcik Pakcik? Nama sahaja sudah mimpi basah, baligh! tapi otak macam budak isap botol susu. Kematangan itu bukan letaknya pada umur tetapi pada kesedaran yang lahir dari hati yang ingin berubah.

Diri ini ibarat tanah yang tandus, perlu disuburkan sdengan benih-benih keimanan

Apakah sebenarnya awal muharam? Mari renung sejenak apakah yang terjadi di bulan Muharram. 1 Muharram adalah tarikh penghijrahan nabi dan para sahabat dari Makkah (bumi yang dimuliakan) ke Madinah (bumi yang gilang-gemilang cahaya). Penghijrahan ini berlaku atas tujuan, untuk menyebarkan Islam, menyambut seruan Allah supaya berhijarah, menamatkan penyiksaan kaum kafir quraisy terhadap orang Islam serta menyambut pelawaan kaum ansar ke madinah sebagai jaminan keselamatan dan bantuan kepada kaum muhajirin.

Hijrah ini adalah seruan Allah mengajak manusia berpindah daripada keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik, hal ini dapat dibuktikan dengan perpindahan umat islam dari Makkah yang penuh dengan ancaman ke Madinah ke tanah yang penuh dengan keceriaan dan keselamatan. Dan bermula di Madinah, Islam mula berkembang dengan pesat. 

Hijrah adalah satu kemestian dalam individu setiap muslim. 
Lihat anak kecil ini begitu gagah wajahnya untuk mendukung syiar Islam. 

Signifikannya, setiap individu Muslim itu perlu ada titik penghijrahan bukan untuk berpindah randah tetapi menyahut seruan allah untuk berubah kepada yang lebih baik. Hal dapat dilakukan, apabila kita sentiasa bermuhasabah sebelum mengambil tindakan atau keputusan dan bermuhasabah setelah bertindak. Adakah betul tujuan tindakan kita itu untuk kegembiraan Allah atau sekadar tuntutan hawa nafsu sahaja? Bertaubatlah jika kita tersilap langkah, kembalilah kepada jalan Allah yang benar lagi hakiki. :)





Related Posts : Awal muharram, Doa akhir tahun, Doa Awal tahun, hijrah, Islam, Muharram, peristiwa hijrah, sacred month, syiar Islam

11 comments:

MadaM LaLa said...

selmat tahun baru!!!

r-5 said...

Thanks madam lala! Salam maal hijrah juga! hehehe buat apa hari ni? bershopping ke? :p

SyAmSuL AnUaR said...

Selamat Tahun Baru Islam...!!! Salam Hijrah untuk r-5..

Original CikTeddy said...

salam maal hijrah buat kamo0 juga..moga segalanya mnjadi lebih baik..Amin!

r-5 said...

Syamsul: Selamat tahun baru Islamjuga buat kamu! apesal semalam xde countdown mercun pun xde? sadis la kat Malaysia ni. huhu

Original cik Teddy: Insya'Allah saya berharap agar semuanya baik2 belaka dan tahun ini lebih baik daripada tahun yang berikutnya. Amin.. Cik teddy masak rendang ke? :P

Bella Bell said...

salam maal hijrah ustaz r-5. :)

hira said...

salam maal hijrah :)

gadisnikon said...

salam maal hijrah... moga kedatangan tahun baru membawa lbh bnyak kebaikan... dan lupakan yg lama... :)

r-5 said...

Bella Bell: Kakak ustaz salam maal hijrah juga yeee... :)

Hira: Salam Maal Hijrahh.. ;)

Gadisnikon: betul tu.. hiduo perlu diteruskan yang lama dijadikan pedoman buat hari mendatang.. semoga tahun baru hijrah ni adalah titi penghijrahan buat kita semua.. :)

Fendy said...

Salam Maal hijrah.....

r-5 said...

Fendy: Salam maal hirah sahabat.. :)

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...