Bila mahukan sesuatu macam ni la muka kita kan? haha.
Tetapi sebenar-benar pengharapan adalah kepada Allah
Suka Mengharap Kuat Berusaha
Manusia ini selalunya berjaya kerana disebalik pengharapannya itu timbul kesedaran kekerdilannya sebagai hamba yang lumrahnya mengharap kepada yang ketentuan Yang Esa iaitu Allah. Mereka ini kuat berusaha untuk beribadah dan kuat berusaha mengejar cita-cita atas kepercayaan dan kefahaman mereka tentang fungsi sebenar kehidupan.
Suka Mengharap Malas Berusaha
Kebanyakan manusia tergolong dalam kategori ini. Mereka tahu Allah itu wujud dan mengharapkan segala sesuatu kepada Allah. Namun kepercayaan mereka tidak sepenuh hati, lalai dan alpa serta suka mengikut hawa nafsu.
Dan disebabkan itu, usaha mereka tidak setinggi harapan mereka bawa kerana jiwa berbelah bagi memilih Allah atau dunia. Sedangkan Allah menjanjikan nikmat setimpal dengan apa yang dikerjakan. Jika sedikit apa yang dikerjakan maka sedikitlah nikmat yang mereka dapat dan sebaliknya. Bahkan firman Allah "Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubahnya".
Dan disebabkan itu, usaha mereka tidak setinggi harapan mereka bawa kerana jiwa berbelah bagi memilih Allah atau dunia. Sedangkan Allah menjanjikan nikmat setimpal dengan apa yang dikerjakan. Jika sedikit apa yang dikerjakan maka sedikitlah nikmat yang mereka dapat dan sebaliknya. Bahkan firman Allah "Kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubahnya".
Tidak berharap Kuat Berusaha
Sifat-sifat ini ditopengkan oleh kaum yahudi. Hal ini kerana mereka tidak tunduk dan patuh kepada Allah namun tidak semestinya mereka tidak mempunyai harapan. Tidak berharap disini bermaksud mereka tidak meletakkan Allah sebagai sumber pengharapan. Mereka ini orang yang bongkak dan sombong kerana mereka hanya percaya kepada usaha mereka sahaja. Mereka kuat berusaha tetapi angkuh menolak Allah.
Tidak Berharap Tidak Berusaha
Mereka ini dikatakan sebagai orang yang berputus asa. Golongan ini dilaknat oleh Allah. Firman Allah yang bermaksud “Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.”(Q.S. Yusuf : 87)
Macam ni ke muka mengharap? puihhh~ haha
Pantun
Pandangan insan yang tidak sempurna,
Bukan fakta dan bukan pula auta,
Berharaplah kita pada Allah,
Dengan usaha sabar & tabah,
Anak ikan makan tuba
Tercirit-cirit tak tentu hala
Saban waktu menghilang, akhirnya kutiba,
Pulang untuk membalas terjahan semua,
^-^
^-^
Related Posts : Allah,
cinta,
Dambaan hati,
fikiran,
firman Allah,
first love,
manusia,
pelakar bisikan hati,
Puisi,
usaha
14 comments:
apa yang baik.. insyaAllah tunaikan =)
hehe..smoga dpt mnjadi golongan yg pertama..eh, mke kucen tu bkn mgharap tp ngntok..haha
Saya tak suka mengharap dengan orang -.- Haha. I'm Back! :D
hurm, rasanya sy kuat berharap. kuat berusaha.. tapi, smngat tu pandai kuat, pandai pla mnghilang.. cmna tu?
suka yang first tu...org yang berusaha utk mdptkn ap yang diharapkan tu pasti akan berjaya..insyaallah..
plus doa..hehehe...:)
aku berusaha dan mengharap
tapi usaha 2 xsebanyak seperti harapan yang menggunung...
sekaran ni mengharap agar degree ni habis sem ni jugak.....
harap kita tergolong dlm golongan yang diredhai Allah :)
Mls usaha gagal juga
ps: ape y best sal kjg? Segan tetibe
apa yang baik.. insyaAllah tunaikan =);p
suka entri ni..=)info yg berguna..serius saya ckp kucing tu nmpk coolll gituu..
harap kita dapat kekuatan untuk terus berusaha disamping mengharapkan redha illahi :)
comel la kucin2 tu.. ^^
jangan nak mengharap kalau malas berusaha,tiada gunanya,Tiada hasilnya.
hahahaha kucing hensem
Post a Comment