Monday, 21 November 2011

Aku Nak Jadi Katak

cik google yang carik..huhu sonoknya katak tu kena sium.. haha

Assalamualaikum semua.. Masa kecik-kecik dulu selalu kita dengar cerita tentang sang putera katak berubah jadi manusia. Kemudian ada, seorang puteri yang ikhlas mencintai sang katak, mencium beliau lalu merubah menjadi seorang putera raja. Peh best gila! Nak jugak kena cium XP hahaha. Tapi itu bukan sebab utama aku mahu  menjadi katak, cuma side reason jaa.. ;p Sebab apa aku mau jadi macam katak? Jom scroll bawah!

Hensem kan katak ni? Pandai cik google cari, nak buat calon suami letteww.. ;p

Pada zaman dahulu dalam sebuah perigi tandus yang gelap, berlumut dan menjengkelkan.. Hidup segerombolan family katak yang tinggal turun temurun dalam perigi terbabit..Disebabkan perigi tersebut sedalam 5 M dari paras laut, dengan kelebaran diameter 4 pie, nenek moyang katak tersebut telah terkandas didalamnya sejak zaman paleolitik lagi. Mereka adalah satu satunya puak katak yang bercawat dan bermulut itam.. biasalah banyak makan herba.. (ala-ala orang asli gitu.. kah kah kah) Ada juga yang mencuba melepasi dinding perigi.. Tetapi semuanya kecundang. Hero kampung juara laga katak pun hancuus.. puuii~

Tiba suatu hari, wujud pemuda-pemuda katak generasi baru yang mahu menyahut cabaran melepasi benteng keramat! Semua bertubuh tegap, kacak bergaya dan menjadi kegilaan anak-anak dara pinggitan. Dalam sibuk  membuat persiapan.. Tiba-tiba, datang seekor pemuda katak yang selebet turut ingin menyertai, beliau diketawakan seluruh kampung.. Tapi si selebet ni pun turut ketawa.. Hairan satu kampung!?

hiarghh! lompat si katak lompat.. 

Hari yang dinanti-nanti iaitu tanggal 21/11/11 telahpun tiba, mereka pun beradu nasib merebut gelaran 'Raja Katak Fullanoy' bagi yang berjaya melepasi dinding terbabit.. Mereka melompat sekuat hati.. lompat dan terus melompat... hal ini berlanjutan selama 3 hari! tetapi belum ada katak perawan yang berjaya.. bilangan pencabar turut berkurangan disebabkan kecederaan emosi terutamanya. Tinggallah hari keempat tinggal empat lagi peserta yang tinggal termasuk si katak yang selebet.. Tiba-tiba datang otai-otai katak..


Otai Katak 1: Lupakanlah niatmu kau tengok kaki aku, dulu aku juga pernah cuba melepasi dinding tapi..... sambil berlalu dengan bertongkat tanpa sebelah kaki..
Otai Katak 2: Dulu kawan pak cik pon ade jugak try nak, tapi sekarang dah arwah dah nak..
Otai Katak 3: Banyak ura-ura kata kat luar perigi ni banyak jembalang, sekali ngap je 5 bijik katak dia telan.. Euuuuww..Takutnnyewr~
Otai Katak 4: Kapale otak pak cik pernah bersepai akibat jatuh dari dinding perigi, nasib baik ada orang derma otak, sempat pak cik buat operesyen..


Mendengar kata-kat otai katak tersebut lari bertempiaran tiga lagi pemuda katak mencari ketiak mak masing-masing. Hanya tinggal seekor si katak yang selebet yang terus gigih melompat tanpa pernah merungut.. Lompatan nya semakin hari semakin tinggi. Pada suatu hari, ramai tertanya ke mana hilangnya katak selebet itu.. Ada yang berkata beliau sudah mati. Tapi pada hakikatnya!! Beliau sedang menghirup udara segar nyaman di luar perigi.. :)

Pada waktu itu, si katak selebet telah menjadi femes dengan gelaran 'Raja Katak Fullanoy' dan ramai yang wartawan yang cuba menginterview beliau atas kejayaan mengharung benteng durjana. haha. Tapi si katak selebet hanya senyum tak perlu kata apa-apa... macam lagu Najwa anak Muhyidin Yaasin tu.. :p Jadi wartawan hanya menulis beliau sangat humble di akhbar.. Sehinggalah pada suatu hari, berita tentang katak selebet sampai ke dalam perigi.. Datang seekor katak menjerit menyampaikan berita " Hai orang-orang kampung sekalian!!Si katak selebet yang pekak dan bisu hidup lagi lah! Cuba baca surat khabar ni.. Dia berjaya melepasi benteng perigi~!"
Itulah nak jadi orang berjaya ni kita kenalah jadi "pekak dan bisu" macam katak selebet tu. Sebab pekaknya dia tak dapat nak dengar dan tak terpengaruh dengan kata orang sekeliling. Sebabkan bisu dia juga tak pandai merungut. ;)



Related Posts : bisu, katak, pekak

9 comments:

cik ika said...

tp ta smpai a sgup cium katak..huk3

cik ika said...

tp ta smpai a sgup cium katak..huk3

kajaharuna said...

takut la dengan katak..

grrr~~

Eyka said...

likelikelikelike..

nak jadi katak plak laa cenni! ehem..haha:p

kbai:P

a.r.e.p a.h.m.a.d said...

katak yang Hebat...
InsyaAllah kita leh jadik cmtu...
Chaiyok2!!!!!
:'D

Asma Ahmad said...

wahhh.. bagus entry ni. :]

r-5 said...

Cik Ika: tu lah baru nama cinta sejati. haha. keikhlasan tu penting. kikiki.

Kajaharuna: haha katak comel ape. :P

Eyka: jom! same2 kite jadik katak. haha.;p

a.r.e.p.a.h.m.a.d: tu la harap2 jugak leh jadik camtu. sebab biasalah manusia senang sangat teraffect dengan kata2 manusia. :p

Asma: hehe. jom sama2 kita buat pedoman. :] hihi

MalizaMah said...

Kisah yang sgt menarik... serius..
benar....
Jadilah pekak dan bisu utk mencapai kejayaan...
rite!!! fighting fighting.....
singgah2 jap....

r-5 said...

Alieza Dayasari: huhu btol2 kadang2 saya pon tak tercapai lagi untukjadik pekak n bisu macam katak tu.. huhu.. :P.. ok cayyok2,, :)

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...