Sunday, 20 November 2011

Aku Malu Dengan Orang Melayu! Puihhh~

Assalamualaikum.. cool.. cool.. pasti terbaca je tajuk ni, ade je yang mendidih hati sampai nak sepak muka aku bertubi-tubi.. Sabar broo, kak.. Mak Mail Lambung punn dah stand by nak lambung aku ni.. Biasalah dah tua-tua nih, eh silap biasalah darah-darah muda cepat je nak menemplaknya.. Aku pon sama, baca je tajuk ni terus je naik angin... tapi coool keluar kat bawah.. Aduii nye punnn..

Sebenarnya siapa pulak malu jadi Orang Melayu, belum pernah plak aku dengar.. Kalau aku dengar memang aku blanje lah dia sup.. SUP tapak KAKI aku.. Haa. Itu makan dieee.. Haha. Sebab Tun Dr. Mahathir yang  berdarah mamak kacuk Melayu, pun bangga jadi bangsa Melayu klu tak caya meh tengok kat I.C. dia. Juga dia memperdebatkan nama Malaysia yang pemimpinnya adalah orang Melayu. Jom tengok sat kat BBC apa diperdebatkan? 


Hebat beliau mempertahankan nama Melayu itu kann... tapi apa guna jika Melayu itu tidak mencerminkan Melayu? Apakah kita tidak rasa malu? Apa guna jika ada yang mempertahankan dan memperdebatkan kejituan bangsa Melayu, tapi jauh panggang dari api? Mahukah diperkatakan sedemikian? Mahukah cucu cicit yang rasa malu jadi Melayu kerana dikatakan kolot! hangat-hangat tahi ayam! Janji Melayu? Pemalas? Kerna keMelayuan itu sudah hampir luput ditelan dek zaman. 

Cuba tengok sahaja disekeliling kita, masihkah hidup budaya nenek moyang kita yang dikatakan kuat bersandar pada Islam? Cukup sahaja diperlihat melalui fesyen. Itu jelas nampak, tapi yang terselindung? Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah.. Kesian, bukan tupai yang jatuh tapi bayi dari tingkat enam belas.. Bersepai! Macam mana kita mahu lahirkan cucu cicit generasi melayu akan datang.. Sedangkan hidupnya kita dah macam omputih tak pun korea.. Pemikiran kita pun ikut cara omputih tak pun korea.. Cara mentadbir pon sistem omputih tak punn.. (sambunglah sendiri).. 

So, lahirnya generasi Melayu yang Murtad, ye la dah idup macam orang kapir. Nau'zubillahu min zalik. Maaf la jika bahasa agak kelat digunakan. Niat dihati cuma ingin membuka minda dan rasa.. Tak salah jadi Orang Melayu malah patut berbangga akan keindahannya tapi janganlah kita menjadi golongan yang memberi saham dalam memburukkan nama Melayu itu. Sekian.. Wasalam.. ;)


Related Posts : gaduh, mahathir, mail lambung, melayu

9 comments:

fadh leyanie said...

Melayu..melayu ..sy kaum melayu..
simpang malaikat 44 jadi melayu murtad.

r-5 said...

huhu insya'Allah selangkah kita jauh dari the basis, dua langkah kita patah balik... :)

Pendamba Mawar said...

hurm bangsa melayu lagi..hurm segan2

gadisnikon said...

terbaik... :)

Unknown said...

sy bukan melayu.. kacukan melayu jauh sangat.. but I think, org melayu xkan diam diri.. akan bangkit balik kan?.. coz mnusia ada akal :)
pcya pada diri, hehe.

kajaharuna said...

melayu itu cantik, tapi jd buruk jika melayu kita jd ikutan negara luar.. macam da nk ke kafir saya tengok..

Asma Ahmad said...

saya takmo jadi melayu murtad..

r-5 said...

Pendamba: Jangan la segan. memang itu yang terjadi. huhu. so kite kena bantu tak bleh tengok je. :)

gadisnikon: maceh awak! ;)

ella: btol tu tapi klu manusia ad akal tapi tidak berfikir pada landasan yang betul. tungang tebalik jugak jadinya. :)

kajaharuna: murtad kafir tu bkan hak saya nak cakap tapi itu yang saya nampak. dan saya bukanlah perfect banyak cacat cela juga. :)

Asma Ahmad: Tol tu jangan jadi camtu. kekalkan keayuan dan kemelauan yang sedia ada. heee. :)

Ryan Razlan said...

salam,

pembetulan : gelaran pada Dr. Mahathir ialah Tun dan bukan Tan Sri....

t.k

legitimate friends

Paparan terbaik dari bloggers!

CERITAS BUSUKS!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...