Cik Google kata kanak-kanak ni sindrome down? Tersangat lah cumil kan!
Ingatlah seseorang yang kita rasakan sempurna kadang kala, cacat serba serbi..
Dan seseorang yang kita pandang rendah, kadang kala lebih jauh sempurna. :)
Sudah jangan pula pura-pura terkejut dengan tajuk sehingga terpacul kata-kata Oh EM Geee! Saat lidah terbelit tergigit siapa yang mahu bantu? Anak kedua. sudah sinonim dengan keberantakannya. Tidak. aku tersilap, inilah akibat menyebut perkataan Oh EM Gee. Sekadar memberi contoh lidahku jua terbelit tergigit sama. Anak kedua sinonimnya mereka dengan pemberontakan keras kepala baran kasar terpinggir. Tidak semestinya benar. Ya! tapi lontaran idea ini bukan sekadar membabi buta serkap jarang tetapi tulus dari pengamatan.
Mereka lahir dipertengahan, watak yang mereka bawa adalah sinopsis dari keseluruhan anggota keluarga. Aku salah? Ya, kerna ku tidak mempunyai bukti. Tapi ini sekadar ideologi yang cuba diketengahkan melalui perwarisan genetik. Setiap manusia mewarisi genetik dari kedua belah ibubapa, namun dalam proses meiosis yaitu ketika berlaku pertukaran silang genetik antara genetik bapa dan ibu akan menghasilkan variasi genetik baru yang berbeza-beza. Pertama kali persenyawaan iaitu merujuk kepada anak pertama, gene yang terhasil selalunya mengikut aturan yang normal. Namun, persenyawaan yang kedua merujuk kepada anak kedua pastinya ada modifikasi terhadap aturan dan cara gene baru terbentuk kerana mekanisme tubuh manusia tidak statik dan pastinya ada perubahan terhadap mekanisme yang telah berlaku (persenyawaan). Dan dalam persenyawaan ketiga merujuk kepada anak ketiga dan selebihnya merujuk kepada proses persenyawaan yang telah diperbaiki. Sekadar ideology, tiada kajian saintifik lagi yang mempelopori apa yang cuba diketengahkan. :p
Mungkin proses modifikasi genetik yang berlaku kepada anak kedua ini, menyebabkan mereka lebih pelik jika nak disetarakan dengan anak-anak yang lain. Mereka ini lebih complicated mebawa karakter tersendiri dan cara berfikir yang agak berbeda. Akibat daripada itu, mereka sering dikaitkan dengan keras kepala, baran, suka memberontak, suka bebas dan banyak lagi yang dikaitkan. Mungkin mereka ini tahu apa yang mereka mahukan. Aku tidak menafikan kedegilan dan ketegasan mereka dalam merealisasikan kehendak masing-masing dan perlakuan yang acap kali menentang. Agak sukar untuk ditafsirkan pemikiran mereka. Hal ini, menyebabkan ada sesetengah pihak yang mengklasifikasikan mereka sebagai "sindrom anak kedua".
*P/s; entry kali ini adalah sekadar cetusan minda bukan berniat untuk merosakkan pemikiran orang lain mahupan menghina mana-mana pihak. Kerna aku adalah Anak Kedua. :)
